Tuesday 2 September 2014

SHER HA @ EQYA BERPOTENSI JADI WARTAWAN HIBURAN FST NEWS

By Admin

OLEH: AZMI AZMAN



PERUMPAMAAN sebilah parang atau pisau  yang tumpul kalau dihasa (gosok) dengan batu pengasa saban hari sudah pasti parang atau pisau  tersebut menjadi tajam bukan alang kepalang bisa mencukur  kumis atau jenggot.
 
Samalah  seseorang insan kalau dilatih  dengan berikan semangat dan ditunjuk ajar saban hari  dan saban waktu   yang tidak membetekan seseorang (membosan) sudah pastinya akan mempunyai minat sepenuhnya apa saja bidang yang  bakal diceburinya.

Ini jelas seorang gadis baru berusia dalam lingkungan 23 tahun yang bertugas di syarikat AM Enterprise sebagai Pembantu Tadbir iaitu Sher Ha Tokoh atau Eqya Ika mempunyai cita-cita mahu  jadi pemberita di mana-mana media.

Beberapa  hari yang lalu Eqya telah menghasilkan dua beritanya yang telah disiarkan di Portal Online Free Sandakan Today. Net. masing-masing bertajuk “Bazar UP Town Akan Dujudkan Pada September ini 50 Gerai Sudah Ditempah...Alex” pada 28 Ogos 2014 dan satu lagi bertajuk “Vocalist Band Melody Group Awang Masran Dinobatkan  Johan Nyanyian Ambang Merdeka” pada 1hb Sept 2014.


Dengan tersiarnya dua berita yang dihasilkan oleh Eqya ini memang agak sukar untuk diedit  sebab dari segi penggunaan tata bahasa media terdapat sikit perbezaan namun   untuk memberi  semangat  dan dorongan yang jitu kepada pendatang baru dalam dunia  kewartawanan pihak editorial memberi ruang kepada Eqya agar karyanya disiarkan.

“Syabas Eqya teruskan perjuanganmu dalam dunia kewartawanan  bahagian hiburan FST NEWS Free Sandakan Today.Net  kami akan sentiasa membimbingmu sehingga menjadi pemberita yang berjaya” kata Wartawan Kanan FST News SSJ.




No comments:

Post a Comment