Tuesday, 30 September 2014

WONG DAKWA BN LANGSUNG TIDAK MENGAMBIL BERAT TENTANG SUARA RAKYAT MENGENAI GST

OLEH: DAYANG ZUBAIDAH DATU TALIL

SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong  (DAP) mengutuk keras Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hassan Malek yang mengeluarkan kenyataan bahawa mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan Dasar Kabotaj, boleh membawa isu tersebut ke mahkamah.
Wong berkata, Hassan Malek dan kerajaan BN langsung tidak mengambil berat permintaan dan suara rakyat.
Dalam pada itu  tidak setuju dengan kenyataan Hassan Malek, dan berpendapat bahawa menteri atau pemimpin tidak harus bersikap demikian.
Menurut Wong, Dasar Kabotaj menyebabkan harga barang di Sabah 30% lebih mahal berbanding dengan Semenanjung Malaysia. Adakah salah untuk orang Sabah mendapatkan harga barang yang sama dengan Semenanjung Malaysia
Wong berkata, kerajaan BN pernah berjanji untuk seragamkan harga barang Sabah dan Semenanjung Malaysia, tetapi hanya bercakap kosong, sehingga kini masih belum dilaksanakan.
Beliau berpendapat bahawa pelaksanaan Dasar Kabotaj di Sabah tidak selaras dengan Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, lebih baik jika menukar slogan 1Malaysia menjadi "1 Malaysia, 2 harga barang".
Katanya, kenyataan Hasan Malek menunjukkan kerajaan BN tidak mempedulikan rakyat Sabah menanggung harga barang yang tinggi, dan langsung tidak berniat untuk memansuhkan Dasar Kabotaj.
Wong juga berpendapat bahawa Hassan Malek yang mengeluarkan kenyataan hasutan, tidak layak untuk menjadi menteri, kerana Hasan Malek tidak bersikap adil, dan berasa adalah wajar untuk orang Sabah menanggung harga barang yang tinggi.
Wong menyeru orang Sabah memandang serius Dasar Kabotaj yang terus dilaksanakan oleh kerajaan BN di Sabah, terutamanya selepas 1 April 2015 apabila GST mula dilaksanakan, orang Sabah akan bertambah susah kerana terpaksa menanggung harga barang yang lagi tinggi.
Top of Form
Bottom of Form


No comments:

Post a Comment