Thursday 4 September 2014

PERNIAGA BATU 8 BUKAN SAJA BERDEPAN KEROSAKAN JALANRAYA BAHKAN DEPAN GANGGUAN BEKALAN AIR

By Admin

LAPORAN DARIPADA DAP TASK FORCE 



SANDAKAN:- Dipersekitaran kawasan bandar baru  batu 8 Jalan Labuk telah mengalami gangguan bekalan air sejak hari Rabu yang lalu, tanpa pemberitahuan daripada pihak berkuasa. Ini menyebabkan peniaga-peniaga kawasan tersebut amat tidak berpuas hati kerana telah mengalami banyak menanggung kerugian.

Setelah menerima berita tersebut, Amsi Liew, pembantu khas Ahli Parlimen Sandakan bersama-sama Jaffari pengerusi PKR bahagian Libaran dan Tommy Yap timbalan pengerusi PKR Sandakan telah membuat lawatan  ke bandar berkenaan, dan menegaskan bahawa akan mengemukakan masalah tersebut kepada pihak berkuasa.

Dilaporkan bahawa salah seorang peniaga kedai makan di bandar tersebut terpaksa mengangkat air dari tempat lain sejak gangguan bekalan air berlaku, demi meneruskan perniagaannya.

Amsi Liew berkata, disebabkan gangguan bekalan air berlaku tanpa pemberitahuan awal, menyebabkan peniaga-peniaga tidak sempat untuk menyimpan air,  lantaran perniagaan mereka terjejas  kerana kedai makan minum  sememangnya memerlukan air yang banyak.
  
Amsi Liew menyaran pihak berkuasa seharusnya  memberi pemberitu lebih   awal  jika gangguan bekalan air akan berlaku  dan berharap pihak berkuasa dapat memulihkan bekalan air secepat mungkin.

Selain itu, mereka juga menerima aduan daripada penduduk tempatan bahawa jalan raya berdekatan dengan tempat pengumpulan sampah di kawasan tersebut telah rosak dan air bertakung, membahayakan kereta yang berlalu di situ.

Amsi Liew berjanji akan mengemukakan masalah tersebut kepada pihak kontraktor, dan juga menyeru pemandu-pemandu berwaspada semasa lalu  di kawasan tersebut, mengutamakan keselamatan.

No comments:

Post a Comment