By Admin
OLEH: RAMASAMEY KARANAKARAN
KUALA LUMPUR : Kepimpinan Datuk
Seri Mohd Najib Tun Abd Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang juga
Presiden UMNO Malaysia terus mendapat
kritikan bertubi-tubi selepas mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad mengkritik kepimpinan Najib dan kini pula
diikuti oleh kritikan yang dilemparkan oleh Datuk Ariff Sabri hari ini
melalu penulisan terbarunya di http://sakmongkol.blogspot.com/ menyatakan
bahawa Perdana Menteri Najib Razak gagal sebagai pemimpin negara Malaysia ini
dan kerana inilah Najib diburu oleh Mahathir.
“Ini terbukti dengan hutang luar negara yang sudah mencecah 40% KDNK.
Hutang dalam negara atau hutang sektor awam sudah melampaui 55% GDP. Itu pun
kerajaan Najib menyembunyikan perangkaan hutang yang sebenar seperti tidak
mengira jaminan kontinjensi kepada GLC-GLC yang semua nya rugi,” kata nya.
“Inilah kerajaan yang mencuri harta dan wang rakyat. Aliran keluar modal
jangka pendek Malaysia merupakan yang terbesar jika dibanding dengan ekonomi
negara Asia yang lain. Lebihan akaun semasa kian berkurangan. Current account
surplus Malaysia sekarang ialah 3.7% dari GDP berbanding dengan 16% dalam tahun
2008 (masa Najib ambil alih).”
Menurutnya, semasa Najib ambil alih tahun 2008, hutang isi rumah atau
household debt ialah 60%. Sekarang ianya 80%. “Negara kita ialah darul hutang.
Ramai yang bankrap. Ramai yang berhutang. Graduan yang berpendapatan RM 2,500
tidak mampu tinggal di Kuala Lumpur, sewa RM800, pengangkutan RM800, makan
RM500, kemasdiri 500. Kalau tinggal RM100 pun nasib baik. Belum lagi dicampur
bayaran hutang PTPTN yang ahli UMNO semua nya berdemonstrasi berkeras hendak
bayar.”
Angka kemiskinan
Beliau juga membandingkan angka kemiskinan yang kerajaan umumkan sebagai
RM860 sebulan untuk Semenanjung dan RM1,000 untuk Sabah dan Sarawak.
Berdasarkan angka ini, Najib dapat mengisytiharkan dengan bangganya bahawa
angka kemiskinan hanya 2%.
“PBB/United Nations sendiri menyatakan bahawa garisan pendapatan miskin
harus pada tahap 50% pendapatan purata Malaysia. Jika dalam tahun 2012,
pendapatan purata rakyat Malaysia ialah RM5,000, maka garisan pendapatan miskin
ialah 50% dari RM5,000 yakni RM2,500.
Tahukah pembaca pada tahap ini, berapa ramai yang berada dalam kategori miskin? Jawapan nya 40%. 40% penduduk negara ini berpendapatan kurang dari RM2,500 sebulan dan ini menunjukkan bahawa kerajaan Najib temberang bila menyatakan bahawa ekonomi bertambah baik,” keluhnya.
Tahukah pembaca pada tahap ini, berapa ramai yang berada dalam kategori miskin? Jawapan nya 40%. 40% penduduk negara ini berpendapatan kurang dari RM2,500 sebulan dan ini menunjukkan bahawa kerajaan Najib temberang bila menyatakan bahawa ekonomi bertambah baik,” keluhnya.
Ariff juga mengeluh betapa tingginya tahap toleransi orang Melayu
terhadap kepedihan hidup dengan beranggapan bahawa ini semua adalah takdir.
Orang Melayu tidak akan pernah berfikir bahawa ini semua adalah disebabkan oleh
akibat rasuah, akibat kelemahan pengurusan, akibat incompetence dan akibat
salah laku. Selagi mereka diBR1Mkan, orang Melayu selesa dan puas walaupun
keadaan mereka tidak berubah.
“Mereka lupa bahawa UMNO berkerja untuk kepentingan oligarchs Cina,
Melayu dan India. Ekonomi negeri dikuasai oleh puak feudal yang didanai dan
disokong oleh oligarchs Cina. Orang UMNO jerit sana sini memperjuangkan
kepentingan Melayu tapi kepentingan yang mereka juarai ialah kepentingan
oligrachs, yakni segelintir elit politik dan perniagaan.
“Kritikan Dr Mahathir kalau diterjemahkan dalam bahasa yang budak
tingkatan 3 pun boleh faham ialah: Najib gagal. Bila Najib gagal, kerajaan
gagal. Dasar Najib gagal. Kita hidup dalam negara yang gagal.”
“Kita tidak boleh selesai masalah kita dengan berpindah ke negeri lain.
Kita boleh selesaikan masalah dengan menukar pemimpin kerajaan,” akhirinya.
“Mesej yang
Mahathir hantar amat mudah, Najib is a failure. His government is a failure.
His policies are a failure. Malaysia is becoming the sick man of South East
Asia.”
No comments:
Post a Comment