Monday, 1 September 2014

SALURAN PEMBENTUNGAN NAJIS TERSUMBAT BERPUNCA DARIPADA KAKI LIMA BANGUNAN

By Admin

OLEH: ROBERT C T CHIN


KARAMUNTING:-   Masalah saluran pembentungan tersumbat di Bandar Leila adalah berpunca daripda  kesumbatan yang berlaku pada saluran najis di kaki lima bangunan.

Punca masalah itu telah dikenalpasti selepas pihak Jabatan Kerja Raya Sandakan serta Pemimpin Pembangunan Masyarakat kawasan Karamunting Alex Lo membuat tinjauan di lokasi berkenaan.

Rungutan penduduk berhubung limpahan air kumbahan serta bau busuk di kaki lima bangunan telah disampaikan oleh Lo kepada Penolong Jurutera/ Bangunan JKR Sandakan Dikson Labie.

Menurut Lo, tinjauan itu bertujuan untuk mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah yang mengganggu keselesaan penduduk dan peniaga di kawasan ini.

Pekerja Am Khas/ Pembentungan JKR Sandakan Stanley Mohd Omar yang bertanggungjawab dengan menyelenggara system pembentungan di kawasan ini telah membawa Lo serta Dikson memeriksa Stesen Pam Bandar Leia serta Saluran Pembetungan Selenggaraan JKR.

Hasil pemeriksaan mendapati Stesen Pam berfungsi dengan baik dan saluran tersebut mengalir lancar dan masalah saluran pembentungan tersumbat di kawasan situ berpunca dari ekoran kesumbatan yang berlaku pada saluran najis di kaki lima bangunan  yang diselenggarakan Majlis Perbandaran Sandakan.

Lo berpuas hati hasil dari tinjauan dan beliau turut merakamkan penghargaan atas kerjasama serta penerangan yang diberikan oleh pihak JKR Sandakan.

No comments:

Post a Comment