Thursday, 4 September 2014

PENGKHIANAT NEGARA ADALAH ORANG-ORANG YANG MEMBERIKAN IC KEPADA PATI SEMBARANGAN ....DAKWA YONG

By Admin

OLEH CHARLES P ANDIANG

KOTA KINABALU:- Kemungkinan ada kebenarannya juga  apa yang diperkatakan oleh Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee pengkhianat negara adalah terdiri daripada orang-orang yang memberikan Kad Pengenalan kepada para Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)  sama ada tinggal di Semenanjung ataupun di Sabah yang tidak mengikut prosedur yang betul dibuat secara hentam keromoh
Katan mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee berkata Secession (pemisahan) bukanlah istilah yang betul. Yang betul adalah separation (pemisahan) kerana Sabah bukanlah sebahagian daripada sejarah Malaya/Malaysia tetapi bersama Singapura, Sarawak dan Malaya membentuk Malaysia pada tahun 1963.
Sebagai contoh katanya, Singapura “dipisahkan”, bukan memisahkan (secede) diri daripada Malaysia pada tahun 1965.
“Oleh itu, kami menolak sebarang cakap-cakap yang menuduh penduduk Sabah sebagai pengkhianat,” kata Yong yang juga Presiden Sabah Progressive Party (SAPP).
“Rakyat Sabah adalah patriot yang mahu melihat Malaysia berjaya dan menghormati, mengiktiraf serta memartabatkan semangat dan hasrat Perjanjian Malaysia 1963, yang tanpanya Malaysia tidak akan ada.”
Menurutnya, pengkhianat sebenar adalah mereka yang memberikan MyKad kepada pendatang tanpa izin, “sultan” palsu yang mahu menuntut Sabah sebagai miliknya dan pelampau yang memecah-belah Malaysia menggunakan sentimen kaum dan agama.

Persekutuan Malaysia hari ini adalah menyedihkan apabila menteri-menteri persekutuan katanya, memilih minggu Merdeka untuk mengeluarkan ancaman terhadap rakyat Sabah yang mereka gelar sebagai “pemisah (secessionists) Sabah”.
“Saya percaya, selepas 51 tahun, rakyat Sabah sudah tidak lagi takut dengan ancaman itu. Mengugut rakyat Sabah dengan menangkap mereka hanya akan menguatkan tekad rakyat Sabah yang sudah tidak melihat penyelesaian dalam konteks Malaysia untuk memberontak.”
“Apa yang lebih menyedihkan ialah tidak ada usaha ketara kerajaan untuk menyelesaikan isu-isu yang mendorong sesetengah penduduk Sabah untuk melaung untuk berpisah daripada Malaysia. Kerajaan Malaysia gagal menghormati Perjanjian Malaysia 1963,” katanya.







No comments:

Post a Comment