Friday, 5 September 2014

PENGKHIANAT NEGARA ADALAH ORANG-ORANG YANG TERLIBAT MEMBERIKAN MYKAD KEPADA PATI DENGAN MUDAH ......JEFFRY KITINGAN

By Admin

OLEH: CHARLES P ANDIANG

KOTA KINABALU:- Ramai yang membuat tuduhan rambang yang mendakwa kononnya saya  akan membawa Sabah keluar dari Malaysia itu tidak betul  yang paling menyedihkan saya  dicap sebagai pengkhianat negara.

HAK KITA....Kita hanya menuntut hak kita sebagai rakyat Sabah dan tidak berniat untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia ini tidak betul

Sebenarnya yang pengkhianat kepada bangsa dan negara ialah orang-orang yang terlibat memberikan kerakyatan songsang dan memberikan kad pengenalan projek kepada para pendatang asing yang tidak mengikut prosedur yang betul lahir di Indonesia , Filipina dan di Pakistan meletakan data dalam Mykad lahir di Beluran, Keningau, Tambisan Tawau Semporna dan Lahad Datu.
PENGKHIANAT NEGARA.....Orang-orang yang memberikan mykad kepada PATI berleluasa tanpa mengikut prosedur yang betul



“Kita hanya menuntut hak-hak kita sebagai rakyat sabah terutama sekali royalty minyak 20 peratus  harus dipertimbangkan tetapi telah disalah tafsirkan oleh golongannya yang sengaja yang mahu mencetuskan kemarahan orang lain.
Inilah yang disuarakan  seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Jeffrey Kitingan  yang dikatakan tidak mahu membuat sebarang persiapan bagi menghadapi sebarang tindakan tegas terhadap ‘pemisah’ tetapi akan berdoa untuk hasil yang baik.
Saya tidak gentar dengan ancaman penangkapan. Perjuangan untuk kebebasan akan diteruskan walaupun tanpa saya,” katanya dalam mesej Salam Merdeka Sabah yang dihantar dalam kumpulan WhatsApp. “Dunia sedang memerhati.”
Tangkapan itu, jika berlaku akan menjadi pengakhir kepada Malaysia, katanya memberi amaran. “Penahanan itu baik untuk perjuangan. Ia akan semakin kuat dan akhirnya membawa kepada pemisahan negara-negara Borneo dari Semenanjung.”
Jeffrey, yang juga pengerusi STAR Sabah dan Ahli Dewan Undangan Bingkor, berkata bahawa persoalan pemisahan seperti yang didakwa oleh Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan polis tidak timbul.
“Isunya ialah penduduk Sabah dan Sarawak kini sedar bahawa mereka dipersia-siakan dan ditipu oleh Malaya atas nama Kerajaan Persekutuan,” kata Jeffrey. “Tanah Melayu telah menjadi Malaysia dan mengambil alih Sabah seolah-olah ia sebuah tanah jajahan.”
Jika menyuarakan hak-hak dan rungutan kita adalah satu pengkhianatan dan Kerajaan Persekutuan mahu menangkap kami untuk pemisahan dengan tujuan untuk menutup suara kita, “maka biarlah ia berlaku”, tambah Jeffrey.
Sabah dan Sarawak, kata Jeffrey, mahu hak-hak mereka yang dijanjikan dalam Perjanjian termasuk Perjanjian Malaysia 1963 dan Perkara 20/18 untuk dihormati dan dipatuhi.
“Lihatlah keadaan kita hari ini … Sabah negeri paling miskin, populasi kita berubah, hasil minyak kita diambil,” kata Jeffrey. “Kita menggabungkan Sabah dan Sarawak dengan Singapura dan Malaya untuk membantu menyelesaikan masalah mereka.”



No comments:

Post a Comment