Sunday 14 September 2014

MUSA SAMPAIKAN ANUGERAH JASA MU DIKENANG KEPADA AHLI-AHLI UMNO VETERAN SANDAKAN

By Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Setiap perjuangan yang kita lakukan baik untuk bangsa, negara dan agama  sama ada menerusi badan politik mahupun melalui badan-badan  pertubuhan  bukan kerajaan (NGO) seseorang itu yang banyak menabur jasa dan bakti pastinya perjuangan mereka itu tetap  dikenang selama-kamamnya  dan tidak pernah lupakan begitu sahaja.

Bersempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sandakan Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong KK Hj Puyon telah memperkenan memberikan anugerah sebagai menghargai perjuangan beberapa orang ahli politik veteran sejak dari  zaman USNO sehingga ke penubuhan UMNO di beberapa cawangan khususnya dinaungan UMNO Bahagian Sandakan mereka masing-masing  telah menerima anugerah Jasamu Dikenang.

Dalam pada itu salah seorang ahli   sejak dari  zaman USNO lagi  hingga   ke UMNO cawangan Batu 2 TB Ward  semasa hidupnya yang cukup setia  terhadap kepimpinan Ketua Bahagian UMNO Sandakan khususnya Tan Sri Hj Ampong KK Hj Puyon  iaitu Arwah Haji Durahaim  telah menerima anugerah “JASA MU DI KENANG” yang diterima oleh isterinya Hajah Jainan Said.

Ketua Menteri Sabah yang juga selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman  yang diberi penghormatan  telah menyampaikan anugerah Jasa Mu Di Kenangan kepada beberapa  orang ahli UMNO Sandakan.


Sebagai sokongan padu yang tidak berbelah bagi terhadap kepimpinan dan  perjuangan  Datuk Musa menerajui UMNO Sabah  sejak dari dulu sehingga kini  sebagai menghargai jasa-jasanya Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong telah memberikan cenderahati kenang-kenangan kepada Musa sejurus selapas beliau menyempurnakan perasmikan Mesyuarat tersebut yang dilangsungkan di  Dewan Masyarakat Sandakan kelmarin.




No comments:

Post a Comment