OLEH: AZMI AZMAN

Sejak UMNO Sabah diterajui
oleh Musa perjalanan UMNO di
seluruh Sabah telah bertambah kukuh dan ini membuktikan bahawa semua Pergerakan Wanita UMNO yang ada di Sabah ini terus memberikan sokongan padu terhadap kepimpinan
beliau.
Ketua Wanita UMNO Bahagian
Sandakan Noraini Sulong berkata demikian
sejurus selepas menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Baahagian Libaran Kali 11
yang diadakan di Dewan Sri Aman Kg Sungei Kayu pada tadi.

“Saya mewakili Pergerakan
Wanita UMNO Sandakan akan berikhrar taat setia kami kepada pucuk pimpinan YAB
Datuk Seri Musa Hj Aman bukan saja sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO
Sabah bahkan kami menyokong jawatannya sebagai Ketua Menteri Sabah kerana
mentadbir negeri Sabah dengan cukup baik banyak membawa pelbagai kemajuan dalam
aspek pembangunan infrastruktur yang kini telah dinikmati oleh rakyat jelata”
ujarnya.
No comments:
Post a Comment