By
Admin
OLEH: AZMI AZMAN
FOTO: APEK ANSUKOI
kelompol Barisan Nasional (BN)
Salina berkata demikian pada majlis makan malam bersama-sama ahli PBS
dan rakan-rakan komponen sejurus selepas menghadiri Mesyuarat Agunan Tahunan ke
29 Pemuda dan Wanita PBS Bahagian Tanjung Papat.
“Saya amat gembira
kerana memiliki pempimpin sama ada diperingkat bahagian dan cawangan
sanggup menggembling tenaga untuk bekerja keras dan mengorbankan masa demi
memperjuangkan nilai-nilai murni PBS.
“Sesungguhnya kita
juga berbangga berada dalam
pimpinan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang
berdiri teguh sebagai sebuah parti
politik selama 29 tahun kerana PBS
mempunyai pejuang-pejuang atau pemimpin-pemimpin setia, berani ikhlas sanggup berkorban demi perjuangan parti”
tegasnya.
PBS sebuah parti berbilang kaum terus
berusaha kearah menstabilkan keharmonian
untuk menjaga kepentingan semua kaum dalam menaikan taraf ekonomi mereka
dalam menempuhi kehidupan seharian yang lebih baik.
“Saya berharap ahli-ahli PBS yang merupakan rakan komponen BN haruslah
bekerjasama antara satu sama lain untuk berjuang bagi menghadapi musuh-musuh
politik yang sememangnnya hendak mencari kelemahan-kelemahan bagi menghancurkan
banteng perpaduan yang sedia terjalin” ujarnya.
Majlis Makan Malam bagi meraihkan Mesyuarat
Agung tersebut yang dilangsungkan di Restoran Kenalanmu disempornakan oleh
Setiausaha Agung PBS yang juga merupakan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri
Sabah Datuk Johnny Masiton dan telah dihadiri seramai lehih 200 orang termasuk
Timbalan Presiden PBS Datuk Jamilah Sulaiman dan Ketua Bahagian PBS Gum-Gum
Datuk Thien Fui Yun.
Dalam ucapan ringkas Masiton meminta kerajaan
persekutuan agar dapat menjelaskan kepada rakyat jelata mengenai keputusan RCI (Royal Commission Inquiry) yang sehingga kini menjadi tandatanya kerana
belum ada kata putus oleh kerajaan apa kah sesudahanya mengenai kes berkenaan.
No comments:
Post a Comment