Tuesday, 16 September 2014

1,500 MASYARAKAT PELBAGAI KAUM TELAH HADIR MAJLIS MAKAN MALAM SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2014 KE 51 ANJURAN DAP

By Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Majlis Makan Malam sempena sambutan Hari Malaysia  2014  ke 51 (16 September 1963-16 Sept 2014) anjuran DAP Sandakan yang diadakan di Dewan Hakka dekat sini malam tadi telah dihadiri seramai 1,500  masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Pengerusi Penganjur majlis tersebut yang juga Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong berkata   majlis itu diadakan selain untuk meraihkan  sambutan Hari Malaysia 51 ia juga bertujuan untuk mengisi tabung (dana)  hasil jualan meja sebanyak 150 meja itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Nasional  Lim Guan Eng adalah antaranya  sebagai tetamu kehormat pada majlis tersebut dan  beberapa  ADUN  dan Ahli Parlimen DAP  dari Semenanjung  dan Sabah termasuk  juga rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat James Gani dan Shafie Hj Talip (Marlini Manja) .


Dalam ucapan alu-aluan Wong dimajlis tersebut antara lain menjelaskan di  Negeri Sabah khususnya  di kawasan pedalaman masih daif dalam  arus pembangunan infrastruktur yang dinikmati oleh rakyat.

Walaupun Sabah sudah merdeka 51 tahun tetapi 60 peratus rakyatnya yang tinggal di kawasan luar Bandar namun kehidpan mereka masih berada di paras kemiskinan  bah kata orang kais pagi untuk pagi kais petang untuk petang.


Melalui program Impian Sabah yang diusahakan oleh DAP beberapa buah  kampung terpencil di mana mereka masih lagi menggunakan air perigi dan sungai  sebagai sumber bekalan air keperluan harian  yang kebersihannya tidak terjamin  telah digantikan   dengan air paip yang disambung dari air tadahan bukit berhampiran yang dibina  melalui gotong royong dengan tulang   empat kerat  bersama ahli-ahli DAP dan penduduk-penduduk kampung berkenaan untuk menjayakan projek tersebut.

“Inilah salah satu objektif sebenar  Program Impian Sabah ditubuhkan adalah untuk memantau dalam pelbagai aspek khususnya yang ada kaitan dengan keperluan rakyat agar mereka dapat dibantu dengan sedaya upaya  bagi mengatasi permasalahan mereka yang selama ini tekah diabaikan oleh pemimpin kerajaan BN” tegasnya.

Sebagai menyerikan suasana majlis tersebut beberapa acara  tarian pelbagai kebudayaan telah dipersembahkan di hadapan  seramai  1,500 penonton.


No comments:

Post a Comment