Wednesday 18 December 2013

WANITA UMNO SEDANG MENYUSUN PROGRAM UNTUK AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2014 NORAINI SULONG



 Written by Admin
Wednesday  December 18,2013

OLEH: AHMAD SUFFIAN MOHD

SANDAKAN:- Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan  sedang mengatur beberapa program untuk aktivitinya di sepanjang tahun 2014.

Wanita UMNO sebagai tulang belakang  terpaksa sama-sama menggembling tenaga dengan kaum lelaki bagi memantabkan perjuangan UMNO agar selari dengan transformasi parti UMNO.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong berkata  demikian sejurus selepas mengadakan perbincangan tertutup dengan beberapa pihak petang tadi.

Katanya dengan pengikhtirafan bahawa Wanita UMNO sebagai Tulang Belakang yang diisytiharkan oleh Presiden UMNO Malaysia Dato Mohd Najib Tun Abd Razak  baru-baru ini ia menjurus sebagai menyuntik semangat kepada pemimpin Wanita UMNO untuk bekerja keras lagi bagi meningkatkan dan mempertabatkan  perjuangan UMNO sebagai wadah parti  bangsa Melayu yang menjaga hak-hak asasi kepentingan  orang-orang melayu di negara ini.

Sambil itu Noraini mengajak  Ketua-Ketua Wanita cawangan  UMNO Sandakan supaya bersatu padu  demi menjalinkan hubungan siratulrahim antara satu sama lain supaya tidak berpecah belah.

“Terus terang saya katakan walaupun ada beberapa orang yang tidak menyokong atau mengundi saya semasa pemilihan AJK Bahagian Wanita pada 12 Oktober lalu saya tidak menyimpan perasaan dendam dengan sesiapapun  apa yang penting saya ingin mengajak kita  semua bersatu semula demi perjuangan UMNO lupakan kisah-kisah lalu buang yang keroh ambil yang jernih ayuh kita banhgkit sama-sama demi UMNO demi bangsa, agama dan tanah air” ujar Noraini.

No comments:

Post a Comment