Tuesday 10 December 2013

KEROSAKAN TEMPAT LETAK KERETA YANG SEMAKIN KRTIKEL DI DEPAN PASAR BILA DINAIK TARAF..?



Written By Admin
Selasa 10 Disember 2013

DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI

MASALALAH tempat letak kereta (Parking Space) di hadapan kawasan Pasar Umum Bandar Sandakan boleh dikatakan 70 peratus berlubang di sani  sini  dan   penyebabkan utama  air bertakong dan berbau busuk.

Dalam tinjauan wartawan Free Sandakan Today ke kawasan pasar tersebut bila melihat keadaan depan pasar tersebut amat menjijikan pandangan mata sudahlah bau busuk kotor lagi sering menjadi tomahan para pelancong asing yang kerap berkunjung ke pasar berkenaan.


Adakah pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) menyedari tetang kerosakan kawasan tempat letek kereta yang semakin kritis itu atau  memang langsung tidak memperdulikannya.

Wakil-wakil rakyat berkenaan telahpun melantik beberapa orang sebagai Ahli Majlis (Councillor).MPS  dan mereka diagih-agihkan berbagai-bagai tugas  untuk bertanggungjawab bahagian bab-bab lainya ada kah mereka ini juga menyedari segala masalah yang terdapat di kawasan sekeliling pasar umum yang dimaksudkan itu.

Bukan kah MPS kerap mengadakan Mesyuarat yang telah dihadiri oleh para kaunsilor begitu juga mesyuarat majlis penuh   dipenghujung bulan  pada saban bulan kita tidak percaya kalau mereka  dari salah seorang kaunsilor yang tidak tahu apa yang terjadi di pasar berkenaan.


Daerah Sandakan adalah  Bandar  terbesar nombor 2 daripada Bandar Kota Kianabalu, dan daerah ini juga adalah destinasi utama tempat kunjungan dan persinggahan para pelancong luar dan dalam terutamanya pelancong asing.

Kadang kala saya rasa tersinggung juga  bilama mana masyarakat  menegur saya sebagai Wartawan buta tuli sudahlah  pihak MPS buta saya juga dikaitkan buta kerana tidak mahu merakamkan gambar untuk dimuatkan diakhbar-akhbar tempatan atau dimedia-media portal.

Saya jawab apa kuasa saya sedangkan Ahli Parlimen Sandakan (DAP) melaporkan secara rasmi dan bertulis  kepada Presiden MPS bagi memakumkan beberapa masalah yang terdapat di daerah Sandakan termasuk masalah di pasar tersebut itupun langsung tidak dilayan apa saja bentuk aduan yang diajukan apa lagi macam diri saya hanya seorang wartawan  saja.


Sebagai wartawan juga saya bertanggungjawab kepada masyarakat untuk membantu menyuarakan segala masalah mereka melalui tulisan saya dari meja pengarang terpulanglah sama ada mereka akan  mengambil tindakan atau sebaliknya apa yang kita buat adalah untuk  kebaikan bersama agar daerah Sandakan tidak akan mendapat gelaran “ Sandakan Land of Rubbish” seperti yang pernah saya tulis di portal Sabahkini.Net bertajuk “Semporna Land of Rubbish” kelam kabut jadinya  Pegawai  Daerah (DO) dan Majlis Daerah Semporna (MDS) bila terbaca berita tersebut.

Masyarakat Semporna 70 peratus  menyokong berita  tersebut sehingga saya mendapat gelaran Karam Sigh Valia Sabah memang sejajar dengan konsep dan slogan Sabahkini.Net “Membongkar Kebenaran Mempertahankan Kejujuran  sementara slogan Free Sandakan Today “Membongkar Kemungkaran Mempertahakan Kebenaran”

Sebagai wartawan saya tidak berat sebelah (bias)  saya tidak pro mana-mana pihak asalkan ada fakta yang benar dan bukan cerita-certa direka-reka saya akan buat berita dan sebagai seorang pengarang  baru saja dinaikan pangkat  saya kena berhati-hati untuk menyiarkan    berita-berita bukan semua berita yang dihasilkan oleh wartawan-wartawan  saya mahupun berita sumbangan orang luar bukan   main siar saja  saya  yang akan menerima padahnya bersemuka dengan pihak KDN



No comments:

Post a Comment