Tuesday 17 December 2013

Mat Sabu ganti Salleh Man jadi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang


Jamilah Kamarudin | December 17, 2013
Pelantikan Mohammad itu sebagai satu 'ubah suai' dalam struktur organisasi PAS Pulau Pinang.
 




KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man.
Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali selepas diputuskan dalam mesyuarat tertinggi PAS Pusat di sini hari ini.
Mustafa berkata, pelantikan Mohammad itu sebagai satu ‘ubah suai’ dalam struktur organisasi PAS Pulau Pinang.
Mustafa berkata, “Kita harap dapat bentangkan kajian tidak lama lagi untuk menambah baik industri secara keseluruhan
Namun beliau menafikan PAS Pusat menyingkirkan Mohd Salleh yang juga penyandang jawatan tersebut selama tiga penggal sejak tahun 2007.
Sekaligus menolak dakwaan berlakunya konspirasi penyingkiran ‘Erdogan’ dalam penyusunan PAS peringkat negeri termasuk di Selangor dan Pulau Pinang.
“Perlantikan beliau akan terus mengkaji hubungan dengan Pakatan Rakyat dan lain-lain kerja tambahan jawatannya sebagai Timbalan Presiden akan banyak membantu menyelaraskan kerja-kerja,” katanya.
PAS memiliki satu-satunya kerusi DUN di negeri itu yang disandang Mohd Salleh selain turut dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
Ditanya sama ada perlantikan Mat Sabu itu untuk menyelesaikan masalah dalaman antara PAS dengan DAP di negeri itu seperti yang dibangkitkan di Muktamar Tahunan PAS bulan lalu, Mustafa bagaimanapun menafikan wujudnya sebarang masalah.
Sebaliknya menganggap ia hanya satu isu biasa yang dibangkitkan dalam perhimpunan tahunan.
Selain itu, Mat Sabu turut mengumumkan beberapa jawatan baru dilantik, iaitu Bendahari PAS Pusat Asmuni Awi menggantikan Datuk Ahmad Yaakob yang melepaskan jawatan tersebut atas alasan sibuk dengan tugas sebagai Menteri Besar Kelantan dan Pesuruhjaya PAS Negeri.
Manakala jawatan Asmuni sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dipilih semasa Muktamar lalu itu akan digantikan dengan Anuar Tahir.
Turut diumumkan perlantikan tiga penolong Setiausaha baru; Datuk Takiyuddin Hassan, Khairul Faizi Ahmad Kamil, dan Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob.
Selain itu, satu penubuhan biro baru turut diumumkan iaitu Lajnah Pusat Pengurusan dan Bencana yang diketuai Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang akan membantu kerja-kerja menangani kecemasan dan bencana seperti kebakaran dan banjir. FMT

No comments:

Post a Comment