Wednesday 11 December 2013

KERAJAAN NEGERI LAYAN SEMUA KAUM YANG ADA DI SABAH



Written By Admin
Wednesday 11 Disember 2013

OLEH: FARIDAH  AHMAD &
AZMI AZMAN

TAWAU:- Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata kepelbagaian kaum di negeri itu juga tidak menimbulkan masalah kerana seluruh rakyat saling memahami dan bekerjasama selain menerima layanan sama rata kerajaan.

Katanya Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah diberi mandate oleh rakyat jelata memang  sentiasa prihatin dengan sensitiviti semua kaum yang ada di Sabah demi memastikan keharmonian dan keakraban hubungan sesama masyarakat terpelihara.
Keprihatinan kerajaan dapat dilihat semasa pencerobohan di Lahad Datu yang dikaitkan dengan kaum Suluk, namun menyedari ramai penduduk Sabah ialah orang Suluk termasuk saya, maka insiden itu ditangani dengan bijak dan berhemah, katanya.
Beliau berucap dalam Majlis Penyampaian Pingat Jasa Malaysia kepada 30 veteran Angkatan Tentera Malaysia, di sini malam tadi.
Tawfiq juga menegaskan kerajaan sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan dengan berusaha memenuhi keperluan mereka termasuk menyediakan pelbagai bantuan.
Dalam masa sama beliau menggesa semua pesara tentera agar mendaftar sebagai anggota persatuan pesara tentera di tempat masing-masing bagi memudahkan penyaluran bantuan.

No comments:

Post a Comment