Thursday 31 October 2013

GAGAL SEKALI BUKAN BERMAKNA GAGAL SETERUSNYA...AU


Written by Admin

OLEH: AZMI AZMAN


ELOPURA:- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Elopura Datuk Au Kam Wah berkata  objektif Program Majlis Hari Q 2 ini diadakan adalah untuk memberikan pengiktirafan kepada pelajar yang cemerlang.
“ Perkara ini merupakan antara agenda penting dalam aktiviti tahunan setiap sekolah.  Saya pasti setiap dari kita pernah mempunyai pengalaman duduk dalam majlis seumpama ini, dan  para pelajar yang berjaya mendapat markah tertinggi sudah sewajarnya layak mendapat ganjaran daripada  pihak sekolah dan ibu bapa.  Saya pasti murid yang berjaya itu telah bertungkus lumus belajar dan itu semua bukanlah suatu perkara yang mudah, tetapi jika ingin berjaya kita mesti melaluinya.  Tidak ada kejayaan tanpa pengorbanan seperti kata bijak pandai” katanya

Au berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Q 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Galpam Tahun 2013 yang di adakan di Dewan sekolah tersebut kelmari

Au menambah kata-kata tersebut jelas menyedarkan kepada kita semua bahawa gagal atau berjaya bermula dengan pilihan kita dan pengorbanan sangat dituntut.  Tidak ada orang yang hendak gagal walaub agaimanapun gagal sekali  tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya. Jangan sesekali berputus asa.  Para pelajar teruskan usaha kerana generasi muda di hadapan saya inilah yang akan menjadi peneraju masa hadapan negara.
 ‘Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada para guru yang tidak jemu menabur jasa demi anak bangsa selaras dengan hasrat kementerian pelajaran Malaysia.  Seperti yang kita sedia maklum Kementerian Pelajaran dalam proses Melestarikan Transformasi Pendidikan dan mendokong visi membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti.  Hasrat tersebut tidak akan berjaya tanpa kekuatan semangat guru mendidik anak bangsa dan menjadikan sekolah tempat menjana generasi terbilang”  tambah Au lagi.

Sehubungan dengan  Au  mengharapkan agar PIBG sekolah tidak ketinggalan membantu guru-guru merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan insan yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, dan rohani dan  ibu bapa juga bertanggungjawab berkerjasama dengan pihak sekolah terutama apabila anak-anak tuan-tuan dan puan-puan bermasalah. Janganlah segan berhubung dengan pihak sekolah dalam hal menangani permasalahan anak-anak. 

Saya percaya PIBG sekolah ini yang diterajui oleh Pengerusinya En. Francis Bin Indanan bersama barisan AJK tertinggi telah bersedia memikul tanggungjawab dalam membantu pihak sekolah dalam apa juga keadaan.

 TERIMA KASIH....Au menyampaikan sijil kepada salah seorang penuntut cemerlang

Projek naik taraf lapangan terbang Sandakan siap 2014


By Admin


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab. Aziz Kaprawi hari ini berkata projek RM70 juta menaik taraf Lapangan Terbang Sandakan (gambar), dijangka siap penghujung tahun depan.

Beliau berkata projek itu bermula tahun ini bertujuan memberi keselesaan kepada para penumpang.
“Kerja naik taraf meliputi naik taraf fasad bangunan terminal, naik taraf Bangunan Central Utility Building (CUB), kerja kemasan dalaman dan luaran yang melibatkan kemasan dinding, siling dan lantai, jambatan, laluan pejalan kaki/tanjakan, kerja tanah dan sistem perparitan.
“Bagi meningkatkan kecekapan operasi dan keselamatan penumpang, skop projek juga melibatkan penambahan kaunter daftar masuk, penambahan kaunter Imigresen, penambahan kamera litar tertutup, penyediaan kemudahan lif serta escalator baharu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Linda Tsen Thau Lin (BN-Batu Sapi) yang ingin mengetahui kos dan komponen kerja serta tarikh kerja mena

NORAINI MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT PERTAMA AJK WANITA BAHAGIAN UMNO SANDAKAN

Written by Admin


OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:-  Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan telah mengadakan mesyuarat pertama kalinya  setelah bertukar pucuk pimpinan Wanita itu pada 19 Oktober  lalu.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong telah mempengerusikan mesyuarat tersebut selama hampir dua jam itu bertempat  di Bilik Mesyuarat Medan Selera dekat sini petang tadi.

Bercakap kepada Free Sandakan Today Noraini menjelaskan tujuan mesyuarat tersebut diadakan adalah untuk menyusun semula kedudukan AJK Wanita Bahagian itu serta melantik tiga orang ahli jawatankuasa Bahagian Wanita itu termasuk melantik beberapa orang AJK wanita untuk memegang beberapa jawatan dalam badan biro-biro berkenaan.

Noraini berkata dengan terbentuknya badan-badan biro tersebut seperti  Biro Kebudayaan dan Kesenian, Biro Sosial dan kebajikan, Biro Ekonomi dan Keusahawanan, Biro  Agama dan Dakwah, Biro Pubisiti dan Multi Media dan  Biro Jasmani dan Kesukanan adalah nadi  kepada pergerakan Wanita UMNO Sandakan dalam merealisasikan aktiviti-aktiviti  Wanita UMNO dalam pelbagai sudut aspek.

Berikut susunan Jawatankuasa Wanita UMNO Sandakan bagi Sesi 2013-2016 merekaq adalah terdiri.

Ketua Wanita Bahagian Noraini Sulong, Nab Ketua Saripa Jalihah Sh Kassim,  Setiusaha Patra Yunus Sawabi,  Bendahari Datin Siti Rodziah Datuk Hj Alipuddin dan Ketua Penerangan Junaidah Awang Damit.

Sementara limabelas orang (15) orang  Ahli Jawatankuasa Bahagian Wanita UMNO bagi sesi 2023-2016  mereka terdiri daripada Hapsah Baharun, Salma Durahim, Subduraya Jarail, Nasriah Tahamil, Loreta Kihano Sharifa Fahanifa Sh Omang, Hjh Sukmati Abd Adjis, Salmah Kahil,  Noraidah Sulong,  Noraineh Pilahi, Asnih Julkiri, Suriya Ramad, Haslinda Abd Hamid.

Manakala tiga orang lagi AJK yang dilantik ialah Samsia Hj Abd Rahim, Hjh Radmah Indahjaya dan Noridah  Mohd Ali.

Pengerusi Tetap Persidangan bagi sesi 2013-2016  ialah Hjh Junaidah Abd Rahman Timbalan Pengerusi Sitti Hafsa Manna

“Saya berharap semua  barisan ahli jawatawankuasa sama ada yang terpilih menerusi  pemilihan tersebut dan mereka yang dilantik agar dapat bekerjasama  berganding bahu untuk memikul tanggunjawab sebagai ahli Wanita yang merupakan sayap kiri kepada AJK Bahagian UMNO bagi memantabkan perjuangan UMNO selaras dengan transformasi parti UMNO yang berjuangan untuk membela bangsa, agama dan juga negara” ujarmya.

MESYUARAT....Kelihatan Noraini mempengerusikan mesyuarat pertama AJK Wanita UMNO Bahagian Sandakan




Tuesday 29 October 2013

LDP II group wants to amend Constitution – Teo

BY Admin
By Victor Ma
KOTA KINABALU: The rebel faction in the Liberal Democratic Party (LDP) is now attempting to make amendments to the Party Constitution, which includes shortening the tenure of Supreme Council members, from five years to three years.
The faction’s chief Datuk Teo Chee Kang (photo) said a committee of five members has been set up to study the amendments.
The committee will then submit a report to the Supreme Council for endorsement followed by passing the amendments in the party congress.
The committee consists of Chin Shu Ying, Tsang Hieng Yee, Lim Young Peing, Yong Wui Chung, and John Lee.
Teo who was recently elected as the Party’s president in the party congress organized by his faction said some provisions in the Party Constitution were no longer suitable, such as the five-year tenure of Supreme Council members were deemed too lengthy and should be reduced to three years.
In a statement issued here today, Teo also disclosed that the party would now be adopting a ‘New Team, New Beginning, New Outlook’ approach.
“LDP would also recruit new members, especially young first time voters as they were the future pillars of the country, and urged each division to actively do so,” he added....B.I