Monday 21 October 2013

KENYATAAN MELAMPAU MENGGURIS HATI RAKYAT: WONG



ADMIN...SHARE

OLEH AZMI AZMAN


SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong menyifatkan kenyataan melampau pemimpin kerajaan BN boleh  membahayakan masyarakat harmoni dan membuat orang berasa tidak selesa dan senang hati.

Dalam pada  itu  Wong menegaskan  sebagai Ketua Polis Negara bertindak balas terhadap kehilangan 44 senjata yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012, beliau mendakwa bahawa senjata-senjata yang hilang itu mungkin telah "jatuh ke laut mungkin bukan saja tidak meyakinkan rakyat bahkan tidak masuk akal.

Di samping itu, kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri bahawa apabila polis berhadapan dengan penjenayah, mereka membenarkan untuk "menembak dahulu Wong menyifatkan kenyataan ini bukan sahaja membimbangkan orang ramai, tetapi juga bersifat lampau dan ganas” ujar Wong.


Sebenarnya, kata Wong lagi  rakyat tidak ada bantahan bagaimana polis berurusan dengan penjenayah, tetapi mesti mengikut prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang sebelum menembak.

“Stephen Wong berkata  kita merupakan masyarakat yang bertamadun dan ia terdapat undang-undang di negara kita, apabila Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri membuat pernyataan begitu mengenai mengekalkan susunan sosial, ia adalah amat membimbangkan kepada rakyat” Tambah Wong
 

Selain itu, jelas Wong baru-baru ini Mahkamah Rayuan telah menolak keputusan Mahkamah Tinggi bahawa melarang penggunaan perkataan "Allah" di paparan Herald agama Kristian dan terdapat segelintir parti yang bersifat perkauman meninggalkan keputusan  dan  sesiapa yang tidak menerima keputusan mahkamah haruslah meninggalkan negara ini kerana kenyataan tersebut yang  boleh merosakan keharmonian kaum harus dielakkan dan ditangani dengan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya

Wong berkata bahawa keputusan mahkamah atas penggunaan perkataan "Allah" adalah bertentangan dengan konsep menggalakkan perpaduan rakyat dan saling hormat-menghormati antara agama, khususnya, "Allah" telah digunakan di Sabah kira - kira selama seratus tahun dan sebelum Malaysia ditubuhkan. Oleh kerana itu, kini keputusan mahkamah melarang penggunaan "Allah" di Sabah adalah tidak dapat diterima.

Beliau juga berkata  malah akhbar - akhbar di negara Emiriyah Arab Bersatu juga berkomen bahawa keputusan mahkamah rayuan adalah salah. Ia disebabkan bukan sahaja negara - negara Arab, mahupun negara-negara Islam di dunia (kecuali Malaysia) pun tidak melarang penggunaan perkataan "Allah".

No comments:

Post a Comment