Friday, 18 October 2013

SHAFIE MUDAH MENANG TUMPASKAN DUA PENCABARNYA.....ESAL



Admin

DARI MEJA SUB EDITOR
SHAIMON S JUMADI 

SEMPORNA:- Calon  nombor 13 Ahli Jawatankuasa  Bahagian (AJK) UMNO Semporna Esal bin Hj Okasa yang bertanding untuk merebut kerusi AJK UMNO P189 Semporna yang bersaing106 calon AJK  dan pada tanggal 19 Oktiober adalah hari keramat sebagai penentuan nasib calon-calon yang bertanding sama ada tewas atau  menang esok adalah penentuannya.


Dalam temuramah Esal dengan Wartawan Kanan Free Sandakan Today hari ini dimana beliau mempunyai keyakinan bahawa beliau (Esal) akan memperoleh kejayaan untuk menggondol  kerusi AJK bagi sesi 2013-2016 dan beliau juga adalah  line up atau link kepada Datuk Seri Hj Mohd Shafie Hj Apdal calon  nombor 02 Ketua Bahagian UMNO Semporna yang ditentang oleh Datuk Herman Mohd dan Nexon Hj Abdul Habi.

Menurut Esal sebagai penyokong kuat kepada Shafie kemenangan untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Bahagian UMNO Semporna  dengan mudah menewaskan dua pencabarnya dengan mendapat mejoriti undi yang tinggi sebab beliau adalah seorang pemimpin dinamik  dan berjiwa rakyat yang masih diperlukan untuk menerajui kepimpinan UMNO Semporna.


"Saya merayu kepada semua perwakilan yang ada di negeri Sabah agar memilih  Shafie sebagai calon Naib Presiden UMNO Malaysia calon 03 sekiranya perwakilan  Sabah tidak memberi undi kepada beliau  dan ditakdirkan beliau tewas pada pemilihan ini sudah tentu rakyat Sabah dan para penyokong dan ahli-ahli UMNO seluruh Sabah akan kehilangan besar seorang pemimpin yang banyak membantu rakyat Sabah dalam pelbagai aspek" ujar Esal.


No comments:

Post a Comment