Monday, 14 October 2013

NORAINI SEORANG PEMIMPIN YANG DINAMIK DAN BERJIWA RAKYAT




ADMIN
OKTOBER 14 2013




DARI MEJA SUB-EDITOR
SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-Impian Noraini Sulong hendak menjadi Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan akhirnya menjadi kenyataan  setelah menewaskan pencabarnya penyandang Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Asnah Hj Tahlil dalam pertandingan perebutan jawatan tersebut satu lawan satu Sabtu lalu.

Wartawan Free Sandakan Today yang mengikuti perkembangan dan perjalanan Pergerakan Wanita UMNO Sandakan telah memperlihatkan bahawa Noraini mempunyai potensi untuk menjawat jawatan sebagai Ketua Wanta UMNO Sandakan atas sifat dan ciri-ciri  dan keperibadian seorang pemimpin yang dinamik dan berwawasan jauh.

Noraini seorang yang peramah dan tidak sombong suka bergaul dengan sesiapa saja tanpa mengira kedudukan seseorang di sinilah ramai orang sukakannya tidak kira golongan veteran,pertengahan  uur dan golongan muda.

Semoga dengan kemenangan Noraini sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan untuk sesi 2013-2017 banyak membawa perubahan besar dalam menerajui kepimpinan Wanita UMNO Sandakan khususnya untuk membela ahli-ahlinya  dalam beberapa aspek khususnya dalam menjaga kebajikan dan sosio ekonomi.

Mereka berharap Noaraoni tidak akan bersikap seperti Ketua Wanita UMNO yang telah tewas ini banyak menimbul masalah sehinga rasa kebencian pada dirinya atas sebab-sebab tentetu.





No comments:

Post a Comment