Thursday, 31 October 2013

GAGAL SEKALI BUKAN BERMAKNA GAGAL SETERUSNYA...AU


Written by Admin

OLEH: AZMI AZMAN


ELOPURA:- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Elopura Datuk Au Kam Wah berkata  objektif Program Majlis Hari Q 2 ini diadakan adalah untuk memberikan pengiktirafan kepada pelajar yang cemerlang.
“ Perkara ini merupakan antara agenda penting dalam aktiviti tahunan setiap sekolah.  Saya pasti setiap dari kita pernah mempunyai pengalaman duduk dalam majlis seumpama ini, dan  para pelajar yang berjaya mendapat markah tertinggi sudah sewajarnya layak mendapat ganjaran daripada  pihak sekolah dan ibu bapa.  Saya pasti murid yang berjaya itu telah bertungkus lumus belajar dan itu semua bukanlah suatu perkara yang mudah, tetapi jika ingin berjaya kita mesti melaluinya.  Tidak ada kejayaan tanpa pengorbanan seperti kata bijak pandai” katanya

Au berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Q 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Galpam Tahun 2013 yang di adakan di Dewan sekolah tersebut kelmari

Au menambah kata-kata tersebut jelas menyedarkan kepada kita semua bahawa gagal atau berjaya bermula dengan pilihan kita dan pengorbanan sangat dituntut.  Tidak ada orang yang hendak gagal walaub agaimanapun gagal sekali  tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya. Jangan sesekali berputus asa.  Para pelajar teruskan usaha kerana generasi muda di hadapan saya inilah yang akan menjadi peneraju masa hadapan negara.
 ‘Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada para guru yang tidak jemu menabur jasa demi anak bangsa selaras dengan hasrat kementerian pelajaran Malaysia.  Seperti yang kita sedia maklum Kementerian Pelajaran dalam proses Melestarikan Transformasi Pendidikan dan mendokong visi membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti.  Hasrat tersebut tidak akan berjaya tanpa kekuatan semangat guru mendidik anak bangsa dan menjadikan sekolah tempat menjana generasi terbilang”  tambah Au lagi.

Sehubungan dengan  Au  mengharapkan agar PIBG sekolah tidak ketinggalan membantu guru-guru merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan insan yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, dan rohani dan  ibu bapa juga bertanggungjawab berkerjasama dengan pihak sekolah terutama apabila anak-anak tuan-tuan dan puan-puan bermasalah. Janganlah segan berhubung dengan pihak sekolah dalam hal menangani permasalahan anak-anak. 

Saya percaya PIBG sekolah ini yang diterajui oleh Pengerusinya En. Francis Bin Indanan bersama barisan AJK tertinggi telah bersedia memikul tanggungjawab dalam membantu pihak sekolah dalam apa juga keadaan.

 TERIMA KASIH....Au menyampaikan sijil kepada salah seorang penuntut cemerlang

No comments:

Post a Comment