Monday 21 October 2013

SURAT TERBUKA KEPADA EDITOR


 Surat Terbuka Kepada Editor

MEMOHON PENAMABAHAN BILANGAN PEKERJA                KEBERSIHAN BANGUNAN SK TELUPID YANG BARU

 Sebagai makluman tuan,bangunan SK. Telupid yang baru telah digunakan sejak Oktober 2012 dan digunakan sepenuhnya dalam masa yang terdekat. Penambahan pekerja kebersihan adalah sangat diperlukan untuk menampung keperluan bangunan baru ini yang besar dan luas iaitu terdiri daripada bangunan 3 tingkat sebanyak 4 blok, mempunyai 59 buah kelas dan bilik khas termasuk Pejabat Pentadbiran, Pejabat Guru, Perpustakaan, Surau,Ruangan Serbaguna,Pusat Akses, Kantin, Bilik Pergigian/Kesihatan, Bilik Sains, Bilik Pengurusan Ko-Kurikulum, Bilik Pengurusan Sukan, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Matematik, Bilik pendidikan Seni, Bilik Persalinan, Bilik Muzik, Bilik Pengurusan Peperiksaan,Bilik Bimbingan & Kaunseling, Stor dan Bilik Pemulihan Khas. Selain daripada itu, sekolah yang baru ini juga mempunyai sebuah dewan yang besar, sebuah prasekolah, satu blok bangunan rumah guru dan sebuah padang. Keluasan tapak bangunan ini adalah 5.25 ekar.
 

Oleh itu, pihak kami memohon agar bilangan pekerja kebersihan ditambah mengikut keperkuan bangunan tersebut. Pekerja kebersihan yang sedia ada  hanya 3 orang sahaja, tidak dapat menampung perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawsan sekolah baru yang besar dan luas ini.

Di atas pertimbangan tuan, terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih.


Yang Benar
AHMAD KASSIM`


INI LAH BANGUNAN SK TELUPID BARU


No comments:

Post a Comment