Friday, 25 October 2013

PISAHKAN SAMPAH DARI PEKAN SEMPORNA



Written by Admin


 OLEH: SHAIMON S JUMADI






MENJIJIKAN...Longgokan sampah berhampiran Giant tidak dikutip oleh MDS dan dibiarkan sahaja oleh ADUN.





SEMPORNA : Sebilangan besar rakyat di Semporna terlalu mengharapkan agar wakil rakyat mereka lebih proatif terutama memastikan pekan Semporna Sifar Sampah.

Jika sebelum ini Mantan ADUN Sulabayan, Haji Harman Mohamad bukan sahaja gagal membawa  sebarang pembangunan  dan prasarana; malah 60 peratus penduduk masih dibelenggu kemiskinan.


Seorang aktivis muda, Mohd Saifullah Minggu menjelaskan kepada  Free Sandakan Today 
kelmarin mengenai keadaan di Semporna yang tiada kesudahannya, terutama sekali mengenai soal kebersihan yang berada  ditahap kritikal.

“Sebagai golongan muda yang berwawasan, kami berharap agar ADUN yang baru, Datuk Jaujan Sambakong dapat menerajui DUN Sulabayan dengan baik dan lebih fokus kepada pembangunan rakyat, kebajikan, ekonomi dan alam sekitar kerana pekan ini menjadi destinasi pelancongan,” ujarnya.

Sebagai wakil rakyat, tambah Saifullah, Jaujan sewajarnya membawa pembaharuan dalam petadbiran dan berani menegur pegawai kerajaan yang kebanyakannya makan gaji buta sehingga akhirnya rakyat menyalahkan ADUN kerana gagal memikul amanah.

"Tolong pisahkan sampah dengan Semporna kerana amat menjijikkan. Harap Jaujan dapat menjayakan misi penting ini," ujar Saifullah yang kesal kerana MDS semakin lemah mentadbir urus kebersihan pekan

No comments:

Post a Comment