Friday, 25 October 2013

SISTEM PERJALANAN MESYUARAT PEMILIHAN AJK UMNO LANGGAR PERATURAN...ANDY JAKARIA



Writen by Admin

Surat Terbuka Untuk Editor

Saya Haji Andy Jakaria Palawong Ketua Cawangan UMNO Bukit Merah P186 Sandakan ingin mengemukakan beberapa perkara yang berkaitan dengan sistem dan perjalanan Mesyuarat Pemilihan AJK Bahagian UMNO Sandakan yang diadakan di Ballroom Sabah Hotel pada 19 Oktober 2013.

Disebabkan  pelanggaran Perlembagaan dan Tata cara mesyuarat seperti Penyerahan Notis Persidangan hanya dua hari sebelum  mesyuarat diadakan sepatutnya notis dikeluarkan 14 hari  mesyuarat diadakan  seperti yang termatub dealam perlembagaan.

Empat Cawangan  tidak di senaraikan  dan  mereka tidak dibenarkan masuk ke Dewan untuk menghadiri mesyuarat tersebut walaupun ada menerima jemputan  notis persidangan.

Pengerusi Tetap Persidangan  dengan rasminya menyatakan  mesyuarat ditangguhkan tepat pada jam 3.30 pm lantas kami yang taat pada peraturan-peraturan  dan arahan Pengerusi  Persindangan kami idak berlengah lengah lagi terus meluru keluar untuk meninggalkan dewan beramai-ramai.

Dalam pada itu bilamana pengerusi persidangan hendak turut keluar justeru tangannya di tarik oleh beberapa orang pemimpin sambil  merayu  untuk mengendalikan semula mesyuarat tersebut.

Timbalan  kelihatan rasa lema dan tidak bermaya maka dicadangkan seorang untuk mengendalikan mesyuarat tersebut.


Sekian Terima kasih
 Haji Andy Jakaria Palawong






No comments:

Post a Comment