Sunday 20 October 2013

EMPAT TAJI UMNO SANDAKAN MEMPEROLEH KEMENANGAN GONDOL KERUSI SESI 2013-2016



Admin....Share

DARI MEJA AJAIB SUB EDITOR
SHAIMON S JUMADI
 

SAYA sudah meramalkan awal awal lagi bahawa Tan Sri Hj Ampong KK Puyun penyandang jawatan Ketua Bahagian UMNO Sandakan  sekali lagi akan  meraihkan kemenangan untuk mengekalkan jawatannya untuk sesi 2013-2016 sebagai Ketua Bahagian UMNO Sandakan.

Sebagai Wartawan  yang sentiasa mengikuti senario politik UMNO Sandakan  saya sudah menjangkakan  Tan Sri Ampong memang menang walaupun  dicabar oleh tiga penjuru namun kekuatan masih berpihak kepada Ampong ini disebabkan  tiga orang calon dibawah line upnya seperti Ketua Puteri UMNO Bahagian, Ketua Wanita UMNO Bahagian dan juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian semuanya memperoleh kejayaan untuk menggondol ketiga tiga kerusi tersebut.

Begitu juga Kemenangan  Datuk Hj Awang Kading Hj Tang untuk merebut kerusi Timbalan Ketua bahagian UMNO Sandakan memang sudah dijangka kerana perwakilan telah mengambil kira dari segi keupayaan kedua dari segi penididkan ketiga ialah mereka mahu pemimpin muda.

Apapun kepada calon-calon yang tewas seperti Hj Andy Jakaria Palawong,  Ishak Apok, Hamid Sabal dan Zainuddin terimalah dengan hati yang terbuka dan terima hakikat atas kekalahan pertandingan dalam kekeluargaan UMNO.

Sebagai Sub Editor Free Sandakan Today  yang tidak berpihak dengan  mana-mana calon  dan bagi pihak Free Sandakan Today  saya mengucapkan tahniah kepada calon-calon yang menang termasuk jawatan Naib Ketua bahagian Datuk Hj Alipuddin KK Puyon yang menang menewaskan dua pencabarnya Zamri Hj Osman Dan Mohd Sharif Ahmad  diucapkan tahnia.


Markah keputusan undi yang diperoleh Tan Sri Ampong  mendapat  undi 200, Ketua Bahagian UMON Sandakan, Timbaan Ketua Datuk Awang Kadin mendapat undi 175 dan Datuk Alipuddin mendapat undi sebanyak 203  daripada jumlah perwakilan yang berada dalam dewan.

Free Sandakan Today akan sedia berhidmat dengan mana-mana calon yang menang untuk membuat liputan dari masa kesemasa hubungi talian 012-8066870 atau 013-8882409 Email sandakantoday14@gmail,.com    Web Site freesandakantoday.blogspot.com anda boleh mendapatkan berita-berita panas sejuk dan sensasi


Salam 1Malaysia dari saya
Sub Editror Free Sandakan Today

No comments:

Post a Comment