Tuesday 22 October 2013

PELAKON DAN PENYANYI TERKENAL NOREEN NOOR MENINGGAL DUNIA AWAL PAGI TADI



Written by admin


OLEH SYED KAMAL

AMPANG: Pelakon dan penyanyi terkenal, Noreen Noor meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Ampang Puteri, Selangor berusia lingkungan 40an,
Allahyarhamah meninggal dunia  disahkan akibat mengidap  penyakit darah tinggi dan buah pinggang.

Semasa hayatnya Noreen bukan saja melibatkan diri dalam dunia seni  lakunan filem  dan drama bahkan beliau juga terlibat secara langsung dalam seni suara (Nyanyian)

Antara lagu-lagu  popularnya ialah Siang Terbayang Malam Merindu dan  sementara dalam  lakunannya di layar perak filem pertamanya ialah TALAK yang ditayangkan pada era 1980.

Antara filem lain yang pernah dibintanginya adalah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam. Allahyarham meninggalkan dua orang anak. AL Fatihah...

Marilah kita sama-sama bersedakahkan Al-Fatihah agar rohnya dicucuri ratmat dan kami warga PRIBUMI  mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah  banyak-banyaknya  berdoa  dan bersabar  menerima dugaan Allah, ini semuanya takdir  illahi dan semua ini ada hekmahnya...PENERANGAN PRIBUMIS


No comments:

Post a Comment