Admin....Share
OLEH: SHAIMON S JUMADI
KOTA KINABALU:- Presiden Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMIS) Datuk Mohd Jeffry Rosman (gambar) dan bagi pihak seluruh ahli-ahli PRIBUMI mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan dan kemenangan kepada calon-calon yang bertanding dari jawatan Ketua Bahagian sehingga ke Jawatankuasa Bahagian UMNO seluruh Malaysia
Katanya mereka yang berjaya mengekalkan semula kedudukan mereka dan pendatang baru bagi menyandang kerusi Ketua Bahagian dan lain-lain jawatan agar bekerjasama sama yang lebih erat antara satu sama lain demi memperkukuh dan kemantapan perjuangan UMNO di negara ini untuk tanah air, agama dan bangsa.
"Bagi mereka yang tewas haruslah menerima hakikat atas kekalahan tersebut lagipun pertandingan ini adalah pertandingan secara kekeluargaan dalam UMNO sejajar dengan transformasi parti UMNO kalah atau menang itu adat pertandingan dan satukan semua keretakan yang berlaku semasa kempen pemilihan tersebut jangan adanya berlakunya perpecahan" ujarnya.
Jeffrey berkata PRIBUMI salah satu badan NGO akan sentiasa menyokong dasar-dasar kerajaan BN yang memerintah di negara ini termasuk menyokong pucuk pimpinan UMNO iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan barisan kepimpnan UMNO lainnya.
"PRIBUMI akan sentiasa membantu apa juga program-program rakyat yang dianjurkan oleh pihak-pihak kerajaan demi menjalinkan hubungan mesra antara semua kaum yang ada dimuka bumi Malaysia dan Sabah" tambahnya.
No comments:
Post a Comment