Thursday 31 October 2013

NORAINI MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT PERTAMA AJK WANITA BAHAGIAN UMNO SANDAKAN

Written by Admin


OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:-  Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan telah mengadakan mesyuarat pertama kalinya  setelah bertukar pucuk pimpinan Wanita itu pada 19 Oktober  lalu.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong telah mempengerusikan mesyuarat tersebut selama hampir dua jam itu bertempat  di Bilik Mesyuarat Medan Selera dekat sini petang tadi.

Bercakap kepada Free Sandakan Today Noraini menjelaskan tujuan mesyuarat tersebut diadakan adalah untuk menyusun semula kedudukan AJK Wanita Bahagian itu serta melantik tiga orang ahli jawatankuasa Bahagian Wanita itu termasuk melantik beberapa orang AJK wanita untuk memegang beberapa jawatan dalam badan biro-biro berkenaan.

Noraini berkata dengan terbentuknya badan-badan biro tersebut seperti  Biro Kebudayaan dan Kesenian, Biro Sosial dan kebajikan, Biro Ekonomi dan Keusahawanan, Biro  Agama dan Dakwah, Biro Pubisiti dan Multi Media dan  Biro Jasmani dan Kesukanan adalah nadi  kepada pergerakan Wanita UMNO Sandakan dalam merealisasikan aktiviti-aktiviti  Wanita UMNO dalam pelbagai sudut aspek.

Berikut susunan Jawatankuasa Wanita UMNO Sandakan bagi Sesi 2013-2016 merekaq adalah terdiri.

Ketua Wanita Bahagian Noraini Sulong, Nab Ketua Saripa Jalihah Sh Kassim,  Setiusaha Patra Yunus Sawabi,  Bendahari Datin Siti Rodziah Datuk Hj Alipuddin dan Ketua Penerangan Junaidah Awang Damit.

Sementara limabelas orang (15) orang  Ahli Jawatankuasa Bahagian Wanita UMNO bagi sesi 2023-2016  mereka terdiri daripada Hapsah Baharun, Salma Durahim, Subduraya Jarail, Nasriah Tahamil, Loreta Kihano Sharifa Fahanifa Sh Omang, Hjh Sukmati Abd Adjis, Salmah Kahil,  Noraidah Sulong,  Noraineh Pilahi, Asnih Julkiri, Suriya Ramad, Haslinda Abd Hamid.

Manakala tiga orang lagi AJK yang dilantik ialah Samsia Hj Abd Rahim, Hjh Radmah Indahjaya dan Noridah  Mohd Ali.

Pengerusi Tetap Persidangan bagi sesi 2013-2016  ialah Hjh Junaidah Abd Rahman Timbalan Pengerusi Sitti Hafsa Manna

“Saya berharap semua  barisan ahli jawatawankuasa sama ada yang terpilih menerusi  pemilihan tersebut dan mereka yang dilantik agar dapat bekerjasama  berganding bahu untuk memikul tanggunjawab sebagai ahli Wanita yang merupakan sayap kiri kepada AJK Bahagian UMNO bagi memantabkan perjuangan UMNO selaras dengan transformasi parti UMNO yang berjuangan untuk membela bangsa, agama dan juga negara” ujarmya.

MESYUARAT....Kelihatan Noraini mempengerusikan mesyuarat pertama AJK Wanita UMNO Bahagian Sandakan




No comments:

Post a Comment