Sunday, 27 October 2013

KEROSAKAN PINTU GERAI TIDAK DIBAIKI MEMBERI PELUANG KEPADA PENCURI MENGAMBIL BARANG-BARANG NIAGA

Written by Admin

OLEH:  AZMI AZMAN
FOTO SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN:- Kerosakan pintu gerai Pasar Besar bandar  yang hampir  dua tahun tidak diperbaiki oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) walaupun sudah berkali-kali dimaklukan sehingga ke hari ini tiada sebarang reaksi dan tindakan diambil malahan dibiarkan begitu saja.


Menurut seorang penyelia Pasar daripada salah sebuah syarikat yang mengikat konntrak dengan MPS Thomas Law  memberitahun kepada Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong semasa lawatan kerjanya meninjau ke pasar umum berkenaan setelah banyak menerima rungutan dan aduan dearipada para penjaja setempat.

Katanya disebabkan ketiadaan  pintu untuk menutup gerai-gerai tersebut banyak barang-barang niaga penjaja-penjaja berkenaan   dicuri oleh maling-maling yang  sentiasa berkeliaran di situ.

"Saya selaku Ahli Parlimen Sandakan meminta jasa baik pihak MPS agar mengambil tindakan segera bagi membaiki kerosakan pintu yang sering menjadi masalah besar kepada para penjaja tertabit yang mengalami kerugian besar ekoran barang-barang niaga mereka kerap dicuri"rayu Wong.


ROSAK...Thomas Law menunjukkan pintu penutup gerai yang rosak tidak pernah dibaiki sambil diperhatikan oleh Stephen Wong

No comments:

Post a Comment