Sunday 27 October 2013

NORAINI SULONG MENGHADIRI MESYUARAT PERSIDANGAN PEMADAM PERINGKAT NASIONAL

Written by Admin

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SUBANG JAYA:- Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAN  Daerah Sandakan Noraini Sulong telah menghadiri Mesyuarat PEMADAM Malaysia bersama rombonganya   seramai 20 orang  yang terdiri daripada Ahli-Ahli Jawatankuasa PEMADAM Bahagian Sandakan yang diketuai  Hj Mohd Hamsan Hj A Supain

Menurut Noraini selama mereka berada  beberapa hari di  Semenanjung  semua rombongan PEMADAM dari seluruh negeri akan dibawa melancong kebeberapa tempat-tempat yang menarik.

"Ini adalah kali ketiga Jawatankuasa PEMADAM Sandakan dijemput untuk menghadiri Mesyuarat  persidangan PEMADAM bagi Peringkat Nasional" jelas Noraini.

Terdahulu semua rombongan PEMADAM yang datang dari negeri-negeri berkenaan mereka telah diraihkan satu majlis Makan Malam  sempena mesyuarat persidangan PEMADAM yang diadakan di  Grand Ballroom Hotel Summit Subang Jaya malam tadi
 SENYUM....Noraini Sulong bersama rombongannya PEMADAM Sandakan yang menghadiri majlis Makan Malam Persidangan PEMADAM Kebangsaan



No comments:

Post a Comment