Friday 25 October 2013

PERBEZAAN IDOLOGI POLITIK BUKAN PENGHALANG UNTUK JALINAN MESRA TALI KEKELUARGAAN



Written by Admin

DARI MEJA SUB-EDITOR
SHAIMON S JUMADI


TERDAPAT sesetengah orang  disebabkan perbezaan idologi politik bisa merenggangkan hubungan dan siratulrahim  sama ada persaudaraan ataupun kekeluargaan kerama masing-masing mempunyai perbezaan 
Antara faktor ialah A penyokong parti kerajaan B pula menyokong parti pembangkang  disebabkan tiada yang mahu kalau atau memang lantas timbullah persengketaan atau bertikam lidah

Era tahun  1970 an  kalau seseorang penyokong USNO dan BERJAYA bila kedapatan  saja  minum semeja sudah menjadi satu isu besar apa lagi  kalau seseorang itu menjawat jawatanan dalam kerajaan kalau bukan dipecat atau ditukar  ke kawasan pedalaman ataupun  turun pangkat .
Apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) mengambil alih  tampuk pemerintahan pada 1986 sehingga 1994  rakyat bebas tiada lagi timbul masalah  tersebut kau penyokong pembangkang kau sokong Kerajaan itu kau punya pasal namum  kawan tetap kawan saudara-tetap saudara  sentiasa menjalinkan kasih sayang antara satu sama lain  sehingga ke hari ini.

Bila mana orang-orang BN/UMNO minum atau makan semeja dengan para penyokong DAP,PAS dan PKR sudah  tidak timbul lagi syak wasangka mereka  cukup gembira gembira.

Sebagai pendekatan saya mengambil contoh Tan Sri Hj Ampong KK Puyon dengan Hassan Ibrahim adalah besan sebab anak mereka di satukan   (suami isteri) semua orang telah mengetahui Tan Sri Ampong adalah penyokng kuat UMNO/BN sementara Hassnar Ibrahim adalah penyokong parti pembangkan iaitu PKR yang peliknya  tapi benar walaupun mereka masing-masing mempunyai idologi yang berbeza dalam memceburi gelanggang politik namum mereka   masih boleh bersatu dalam kekeluargaan diibaratkan air dicincang tak akan putus.

Apa yang kita lihat pada hari in fenomena ini  boleh dijadikan  teladan dan contoh kepada masyarakat sekeliling  seorang penyokong kuat UMNO/BN dan yang satu penyokong kuat pembangkang boleh menjalinkan hubungan mesra dan intim inilah ciri-ciri yang ada pada diri  Ampon dan Hassnar semoga jalinan kekeluargaan mereka terus berkekalan sehingga diakhir hayat.




No comments:

Post a Comment