Sunday, 27 October 2013

GST PENIAGA RESTORAN MENAIKAN HARGA MAKANAN DAN MINUMAN 20 HINGGA 30 PERATUS

Written By Admin

Saudara pengarang,


Kerajaan dan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak baru saja membentangkan bajed 2014 dan telah mengumumkan bahawa GST (Governmen Servuces Tax)  akan dikenakan kepada pelanggan setiap pembelian barang di kenakan cukai 6 peratus yang bakal dilaksanakan tahun  2015 sebahagian pemilik restoran  telah menaikan harga makan dan minuman yang agak tinggi

Contohnya roti canai kosong sebelum ini RM1.20 sen sekarang sudah RM2.00 kopi O sebelum ini RM1.00 kini  RM2.00 Tea O RM2.00 Kopi Susu Tea Susu RM2.50 tea tarik RM2.70 sementara minuman sejuk O RM3.00 ada susu RM3.50.

Roti Canai Telor sebelum ini RM2.00 naik RM3.00 Mee Goreng mamak sebelum ini RM6.00 jadi RM8.00 nasi campur RM5.00 sekarang RM8.00 Nasi Byani RM6.00 sekarang RM10.00 minum tin RM2.00 sekarag RM2.60 alasan gula naik harga 1 kg RM3.50 susu naik RM.70 sen

Minta pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri  Kepenggunaan  dan Koperasi diminta memantau kenaikan ini yang benar-benar menyusahkan pengguna kalau begini keadaan berterusan kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2016 pastinya gulong tikar sebab rakyat terlalu menderita


Terima kasih..
Pelanggan tetap Restoran Mamak
Taman Merpati

No comments:

Post a Comment