Admin
SEMPORNA:- Ramai yang meramalkan penyandang Ketua Bahagian UMNO Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal walaupun ditentang dua pencabarnya yang terdiri Datuk Herman Mohd dan Nikson Hj Abd Habbi nampaknya kemenangan berpihak kepada Shafie.
Salah satu faktor 480 cawangan yang membabitkan 2,100 perwakilan masih memberikan sokongan padu terhadap pucuk pimpinan Shafie untuk terus menerajui kepimpinan UMNO Semporna bagi tempoh tiga tahun lagi.
Demikian dijelaskan sendiri oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Air Semporna 1 Mohd Saifullah Minggu (gambar) ketika ditemui oleh Wartawan Free Sandakan Today malam ini.
"Saya merayu kepada semua perwakilan agar memberikan sokongan penuh dan memilih semula Datuk Shafiie untuk mengekalkan jawatan tersebut bagi sesi 2013-2017"ujarnya.
No comments:
Post a Comment