Tuesday, 22 October 2013

KETUA WANITA UMNO SANDAKAN NORAINI DERMA UNTUK TABUNG HARI PAHLAWAN



Written by Admin

OLEH: AZMI AZMAN



SANDAKAN :  Hari Pahlawan disambut pada 31 Julai pada setiap tahun bagi memperingati jasa pahlawan-pahlawan yang telah berjaya menentang musuh Negara demi mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.

Sesungguhnya kejayaan ini telah banyak mengorbankan anggota pasukan keselamatan yang menyebabkan ramai isteri-isteri menjadi balu dan anak-anak yang kehilangan bapa.  Namun kehidupan perlu diteruskan tanpa suami dan bapa.


Tidak kurang juga ramai yang cedera dan cacat anggota seumur hidup.  Tegasnya, keamanan dan kesejahteraan yang dialami dan dimiliki pada masa kini bukanlah diperolehi secara percuma, namun ianya adalah hasil pengorbanan para pejuang negara y

Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Sandakan yang diketuai oleh Ahmad Naim bin Abdullah selaku Timbalan Ketua Cawangan telah mengaktifkan kutipan Tabung Pahlawan mulai 30 Ogos hingga 30 November 2013.  Kutipan ini akan diserahkan sepenuhnya kepada PBTM setelah selesai tarikh kutipan berkenaan.

Dalam pada itu Wanita UMNO Bahagian P186 Sandakan  Puan Noraini Sulong    yang juga Pengarah Sierra  Security Sdn Bhd  telah menderma kepada PBTM sebanyak RM1,000.00 dan derma tersebut diterima oleh Ahmad Naim. 

Noraini menjelaskan tujuan memberikan sumbangan tersebut adalah sebagai menghargai kepada jasa-jasa khidmat tentera sama ada yang gugur ataupun  yang masih hidup ini adalah tanggungjawab kita sebagai insan.

Selanjutnya Noraini menyeru orang perseorangan dan badan-badan korporat supaya menghulur bantuan dalam menunaikan tanggung jawab sosial bagi membantu persatuan tersebut. “Jumlah sumbangan tidak penting, namun tanggung jawab kita dalam membantu mereka yang memerlukan adalah lebih penting.

Beliau juga menyatakan akan membantu dan bekerjasama dengan srikandi PBTM Cawangan Sandakan dalam beberapa siri program dan aktiviti bersama Wanita UMNO Sandakan dalam masa terdekat.




Puan Noraini Sulong, Ketua Wanita UMNO Sandakan merangkap Pengarah Sierra Group Corporation menyampaikan sumbangan cek bernilai RM1,000 kepada Encik Ahmad Naim Abdullah, Timbalan Ketua Cawangan PBTM Sandakan disaksikan oleh Encik Ariffin Salleh selaku Setiausaha PBTM Sandakan.

No comments:

Post a Comment