Monday 14 October 2013

LINDA SUMBANGKAN DAGING LEMBU UNTUK RAYA KORBAN




                                                                                    LINDA bergambar bersama rakyat
Oktober  14-2013
Admin Share


OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO JUMADIL DULAMIT

BATU SAPI:- Sempena menyambut Hari Raya Korban umat  Islam di kawasan Parlimen Batu Sapi yang merangkumi dua DUN Karamunting dan Sekong telah mendapat agihan daging lembu yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin.

Pengagihan daging tersebut  adalah sebagai sumbangan kepada masyarakat Islam Batu sapi untuk menyabut hari Raya Aidil Adha  dan ini sudah menjadi tanggngjawab pemimpin kerajaan untuk membantu terhadap mana-mana masyarakat .
Linda berkata pembahagan daging seumpama ini bukan baru diadakan bah setiap tahun dan kali ini adalah merupakan 6 kali sepanjang beliau menjadi Ahli  Parlimen Batu Sapi selama 2 penggal.

Majlis penyampain  daging lembu tersebut diadakan Dewan Masyarakat Sandakan hari ini sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat 2013

"Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh kaum muslimin  dengan bergembira" ujarnya.














No comments:

Post a Comment