Tuesday, 29 October 2013

JAS DISEGA PANTAU SUNGAI SEGALIUD TERCEMAR...SAMSUDIN



 Written by Admin
 OLEH: SHAIMON S JUMADI
SEKONG:- Ekoran  Sungai Segaliud yang tercemar akibat perbuatan Kilang memproses minyak kelapa sawit yang beroperasi di sepenjang sungai Segaliud
Ahli  Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Sekong Datuk  HJ Samsuddin Yahya (gambar)  menggesa Jabatan Alam Sekitar agar lebih kerap memeriksa semua kilang-kilang yang beroperasi memproses minyak di sepanjang sungai yang dimaksudkan itu
Beliau berkata ini berikutan terdapat aduan penduduk Kampung Segaliud berhubung pencemaran di sungai itu sehingga menyebabkan ikan dan udang mati.
“Pemantauan lebih ketat perlu dilakukan dan tindakan penguatkuasaan perlu diambil sekiranya terdapat kilang yang dikesan menyalurkan bahan buangan ke sungai itu,” katanya.
Samsuddin berkata penduduk kampung turut mendakwa masalah pencemaran di Sungai Segaliud   berlaku sejak beberapa hari lepas.
Beliau berkata sungai itu merupakan tempat penduduk mencari rezeki kerana kebanyakan mereka adalah nelayan, selain punca air utama untuk disalur ke Loji Segaliud sebelum diagih kepada lebih 400,000 penduduk di daerah ini.
Katanya lagi kurangnya pemantauan  pihak Jabatan Alam Sekitar Sabah (JAS)  terhadap enam buah kilang yang beroparasi di sepanjang sungai tersebut lantaran  pemilik-pemilik kilang-kilang di situ  langsung tidak memperdulikan mengenai keadaan sungai Segaliud walaupun mereka telah mengetahui apa sudah jadi  terhadap sungai tersebut mereka tidak ambil kisah mengenai pencemaran sungai yang boleh mengamcam pelbagai habitat seperti ikan-ikan termasuk  manusia sendiri.



No comments:

Post a Comment