Monday 21 October 2013

KERAJAAN DIGESA BANTERAS GEJALA RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA.....WONG



Admin....Share


OLEH: MOHD SUFFIAN AHMAD


SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong (gambar)  berkata  gejala rasuah penyalagunaan kuasa  yang semakin menjadi- menjadi dan selain juga sering mengeluarkan kenyataan yang berbaur  ekstrim dan perkauman yang dilakukan oleh segtelintir pada pemimpin Barisan Nasional (BN) pihak kerajaan harus memandang serius terhadap fenomena ini.

Katanya lagi para pemimpin BN semasa pilihanraya umum ke 13 (PRU 13) lalu banyak menabur pelbagai janji kononnya untuk  membina kehidupan  masa depan kehidupan   rakyat di negara inin yang lebih jangan hanya cakap saja sebaliknya buktikan janji ditepati.


Beliau juga berkata  Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan mengemukakan Bajet 2014 pada 25 Oktober, di mana beliau akan mengumumkan beberapa langkah-langkah baru untuk meningkatkan pendapatan negara, untuk mengelakkan hutang negara melebihi 55%, iaitu tahap tertinggi.

Sementara itu, menurut agensi penarafan kewangan antarabangsa, mereka telah menurunkan penarafan kredit Malaysia daripada stabil kepada negatif, ia dijangka bahawa Perdana Menteri akan melaksanakan seris pengurangan subsidi dan melalui  pungutan cukai baru, untuk mengekalkan penilaian daripada kemerosotan dan meningkatkan hasil kerajaan, dan langkah-langkah ini pasti akan menambah berat lagi beban rakyat

 Stephen Wong berkata lagi  bahawa kerajaan BN mengurangkan subsidi untuk mempertingkatkan pendapatan negara, tetapi juga dalam masa setahun mereka telah membazirkan 6.5 bilion, yang menunjukkan bahawa pengurangan subsidi tidak mencukupi untuk mengimbangi pembaziran negara dan angkah itu juga tidak membantu untuk mencegah rasuah dan penyalahgunaan kuasa, kecuali Kerajaan BN mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk kawalan dan sekatan penggunaan duit rakyat.

Katanya gejala rasuah jika dibiarkan begitu saja ia  akan menjadi satu budaya kepada rakyat di negara ini yang terus mengamalkannya tanpa rasa takut sebab pihak kerajaan walaupun telah mempunyai satu badan seperti Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tigak begitu tegas dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk memantau gejala ini yang semakin kritikel.

No comments:

Post a Comment