Wednesday, 23 October 2013

JAMES RATIB KEKAL KETUA BAHAGIAN UMNO BELURAN 2013-2016




Written by Admin

OLEH: AZMI AZMAN

BELURAN:- Kemenangan beliau sebagai Ketua Umno Bahagian Beluran bukanlah satu keistimewaan dan kebanggaan tetapi adalah satu amanah dan tanggungjawab yang besar kepada beliau dan saf pimpinan Umno Bahagian Beluran.

Saya ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada para perwakilan yang terus memberikan mandat dan kepercayaan kepada saya untuk terus menunaikan tanggungjawab memimpin UMNO Bahagian Beluran, demikian kata Datuk James Ratib selepas berjaya mempertahankan jawatan yang disandang beliau itu pada pemilihan parti Okt 19 lepas.

Memandangkan ini adalah kali pertama sistem pemilihan UMNO seperti ini diadakan, sudah tentu ada kelemahan dan kekurangan dari segi sistem dan pelaksanaannya. Tetapi pada keseluruhannya urusan pemilihan telah berjalan dengan lancar dan keputusan rasmi telah pun diumumkan dan diperakui, tambah James yang juga Wakil Rakyat kawasan Sugut.

“Oleh itu, kita patuhilah saranan Presiden parti iaitu ‘yang menang jangan angkuh, yang kalah terus beri sumbangan’, kerana yang penting adalah barisan kepimpinan yang mantap untuk meneruskan perjuangan parti,” katanya.

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Musa Aaman juga telah menggesa supaya selepas pemilihan, kita kembali bersatu, merapatkan saf dan mengukuhkan parti, kata Jame

Bagi saya apa yang lebih penting adalah fokus kita kepada pembangunan untuk membela nasib rakyat, apatah lagi di kawasan pedalaman seperti di Sugut dan Beluran ini, yang memerlukan lebih banyak tumpuan dan perhatian daripada kita sebagai pemimpin dan wakil rakyat UMNO, tambah James.

Tidak perlulah kita terus berpolitik, sedangkan tempoh pemilihan telah berakhir dan keputusan pun sudah dibuat oleh ahli-ahli kita di peringkat akar umbi. Nasihat saya, hormati dan terimalah pendirian dan pilihan mereka, daripada kita terus cuba mencari kesalahan dan kelemahan sistem pemilihan ini, janganlah buang masa, jangan jadi macam pepatah ‘rumah sudah siapa, pahat masih berbunyi’, kata James.


Ketua Umno Bahagian Beluran itu dengan rendah hati mengajak semua AJK dan barisan kepimpinan sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Beluran di semua peringkat, untuk kita bekerja sebagai satu pasukan dan satu keluarga dalam UMNO. Kerana yang utama bagi saya bukan jawatan, tetapi sumbangan dan kerja kita untuk rakyat.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada JKPU, Urusetia Bahjagian dan semua pihak yang telah membantu menjayakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Beluran 2013.


KELIHATAN....James serta barisan pemimpin bahagian Umno mengangkat tangan sejurus keputusan kemenangan beliau diumumkan semasa pemilihan Okt 19 lepas



No comments:

Post a Comment