Wednesday 16 October 2013

BERI KEMENANGAN SAMSUDIN DAN SHAFIE PADA 19 OKTOBER INI....MARLINAH






Admin...Share

OLEH: SHAIMON S JUMADI
 
BATU SAPI:- Naib Ketua Wanita  Bahagian UMNO Batu Sapi Marlinah  Mustapha (gambar) mengucapkan ribuan terima kasih kepada 282  pewakilan daripada 720 yang membabitkan 114 cawangan Wanita UMNO Batu Sapi yang mengundinya sehinga dapat mengekalkan semula kedudukannya sebagai Naib Ketua  Wanita bagi sesi 2013-2017.

Sebagai Naib Ketua Wanita Bahagian yang diberi mandat saya merayu kepada semua perwakilan agar memberi undi kepada  Datuk Hj Samsudin Yahya untuk mengekalkan kedudukannya bagi tempoh 3 tahun lagi." ujarnya.

Katanya kepimpinann Datuk Samsudin masih lagi  diperlukan kerana beliau seorang pemimpin yang berjiwa rakyat selama menjadi ADUN Sekong dalam tiga penggal banyak membantu rakyat dalam pelbagai aspek

"Saya merayu para perwakilan agar  memberi undi kepada Datuk Samsudin pada pemilihan tanggal 19 Oktober ini  bagi mempastikan kemenannya pada hari tersebut.

Selain itu Marli agar  memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Datuk Hj Mohd Shafie Hj Apdal calon Naib Presiden UMNO Malaysia untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Naib Presiden bagi sesi 2013-2017.
 
Kata Marlinah Shafie adalah satu-satu calon Naib Presiden UMNO yang mewakili Sabah ini mesti  beri undi sekiranya  Shafie tewas dan semua jawatan Naib Presiden di bolot oleh orang-orang semenanjung lantas  rakyat Sabah khususnya ahli-ahli UMNO Sabah telah  kehilangan  besar seorang nasib rakyat dan negeri Sabah.

 "Sejak beliau diantik jadi Menteri Kemajuan Luar dan Wilayah seluruh pelusuk di Sabah mendapat kemudahan terutama sekali di kawasan luar bandar" kataya.



 






No comments:

Post a Comment