Wednesday 23 October 2013

‘BN: Barang Naik’, ‘Pakatan kekal’ meriahkan Penamaan Calon Sg Limau


sg1

YAN 23 OKT: Hari ini berlangsung proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah.
Pusat Penamaan calon ditetapkan di Dewan Dato’ Madi, Yan.
Kelmarin, PAS mengumumkan Mohd Azam Abdul Samat sebagai calon Pakatan Rakyat yang akan menentang calon BN, Ahmad Sohaimi Lazim.
LAPORAN LANGSUNG
11.09: Proses penamaan calon selesai. Calon Pakatan Rakyat, Mohd Azam Abd Samat diisytihar sebagai calon.
10.05am – Pegawai SPR mengumumkan tempoh penyerahan borang pencalonan telah ditutup tepat jam 10 pagi tadi.
9.45am – Sementara itu, penyokong Pakatan Rakyat mula mengadakan pentas pidato dipengerusikan Leman Raja Lawak. Beberapa pemimpin dilihat mula memberi ucapan bergilir-gilir.
9.30am – Cuaca yang cerah sejak pagi tadi mula bertukar sedikit mendung. Suasana penyokong kedua-dua pihak bagaimanapun masih dalam keadaan tenang menunggu pengumuman rasmi dari SPR.
9.10am – Pelbagai sepanduk turut kelihatan termasuk ‘BN: Barang Naik’. dan ‘Kekal Sungai Limau’.
9.05am – Di luar pagar dewan, penyokong kedua-dua pihak dipisahkan oleh polis dalam jarak kira-kira 200 meter. Sementara menunggu pengumuman rasmi dari SPR, penyokong Pakatan dilihat berterusan melaungkan slogan hidup Islam, hidup rakyat dan juga berselawat dan berdoa.
9.03am – Calon PAS, Azam dilihat masuk ke dewan pusat penamaan untuk menyerahkan borang pencalonan, Beliau diiringi pencadang dan penyokong.
9.00am – Pegawai SPR mengumumkan pusat penamaan calon dibuka tepat jam 9 pagi ini.
8.50am – Kelihatan calon BN, Ahmad Sohaimi tiba di pusat penamaan diiringi pemimpin tertinggi parti itu.
8.40am – Dewan pusat penamaan hanya akan dibuka jam 9 pagi. Sementara menunggu, mereka dilihat ditempatkan di khemah khas yang disediakan SPR di perkarangan dewan.
8.35am – Turut dilihat hadir, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat Dr Mohd Hatta Ramli serta Dr Siti Mariah Mahmud. kesemua mereka bersama Presiden PAS serta calon, Ustaz Azam dilihat masuk ke perkarangan pusat penamaan.
8.30am – Perarakan tiba di pintu pagar pusat penamaan calon, Dewan Dato’ Madi. Keadaan terkawal dengan kerjasama pihak polis.
8.25am – Perarakan diiringi laugan takbir dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta laungan hidup Islam dengan pasukan petugas unit amal mengawal keselamatan dan lalulintas.
8.20am – Presiden PAS mengetuai perarakan. Antara pimpinan utama Pakatan yang dilihat turut serta termasuk Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
8.15am – Perarakan ke pusat penamaan calon yang terletak kira-kira 500 meter dari masjid dimulakan. Lebih 2000 penyokong menyertai perarakan.
8.08am – Calon PAS, Azam tiba di masjid, beliau berpakaian baju Melayu hijau bersampin dan dilihat menunaikan solat hajat dan berdoa sejurus tiba.
8.05am – Presiden PAS mengimami solat hajat. Lebih 500 orang sudah berada di masjid ketika ini.
8.00am – Keadaan cuaca baik. Penyokong mula memenuhi perkarangan masjid.
7.50am – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di Masjid Jamek Badlishah. Difahamkan beliau akan mengimami solat hajat sebelum mengetuai perarakan mengiringi calon PAS ke pusat penamaan.
7.30am – Orang ramai khususnya penyokong-penyokong parti mula membanjiri pekan Yan, keadaan lalulintas terkawal. – Harakah Daily

No comments:

Post a Comment