OLEH: SHAIMON S
JUMADI
KUAMUT:- Walaupun Agama Islam adalah
agama rasmi negara dan penduduknya
berbilang kaum bebas beragama dan
perbezaan budaya namun kita hidup dalam suasana harmoni saling hormat menghormati agama dan budaya masing-masing
antara satu sama lain.
Tambahan pula dengan adanya perkongsian
kuasa dalam menerajui pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) di sinilah
dapat mengiratkan semangat
kerjasama yang erat di kalangan masyaraat majmuk.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut yang juga selaku Ketua Bahagian UPKO
Kinabatangan Masiung Banah ketika berucap dimajlis Sambutan Hari Raya Aidil
Adah yang diadakan di Kampung Danau Ria Bukit Garam kelmarin.
Katanya lagi memang sudah menjadi adat
dan budaya di negara ini semua perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari
Natal, Tahun Baru Cina, Deepawali, Pesta Kaamatan disambut secara rasmi oleh
kerajaan dan mengadakan rumah terbuka
ini menjurus kepada mewujudkan semangat setia kawan dan perpaduan yang intim tanpa
mengira siapa mereka.
“Dalam kontek ini saya menyeru rakyat di
negeri ini termasuk rakyat di Kuamut dan
Kinabatangan haruslah menyokong dasar-dasar kerajaan yang memerintah pada hari ini bukan saja demi menjamin
kestabilan politik dan harmoni di kalangan masyarakat setempat bahkan
membolehkan pihak kerajaan menyalurkan pelbagai projek sebagai kemudahan asas dengan mudah untuk dinikmati penduduk-penduduknya yang
tinggal di kawasan luar bandar mahupun
didalam bandar” ujarya.
Katanya Hari Raya Korban yang disambut
walaupun sehari secara sedarhana tetapi penuh bermakna kepada rakan-rakan dan
saudara-saudara muslim dan muslimat.
Beberapa orang penduduk Kinabatangan dan Kuamut menjelaskan kepimpinan yang telus dan berjiwa rakyat yang ada pada diri Masiung membuat seluruh
rakyat di kawasan DUN Kuamut menyenangi kepimpinannya kerana tidak rasa jemu terus membantu dalam pelbagai
aspek khsusnya yang ada kaitan dengan perdana pembangunan di kawasannya.
MESRA...Masiung bersama-sama penduduk Kg berkenaan
ketika menghadiri sambutan perayaan Aidil Adha Kg Danau Ria
TURUT HADIR...Ketua Pemuda Bahagan UPKO Knabatangan Willy D
BERUCAP.....Masiung berucap dimajlis tersebut
No comments:
Post a Comment