Thursday 6 October 2016

RAKYAT LAH MENENTUKAN KEMENANGAN...


OLEH: SORAYA EGG
Khamis Oktober 06/2016

1.TERLALU banyak parti politik di Sabah, walaupun ini dibenarkan dalam demokrasi jangan sampai menjejas objektif pembangkang menghalang kekalahan BN.
Perlu diingat pilihanraya adalah menentukan senang atau susahnya kehidupan rakyat, jika tersalah pilih pemimpin dan kerajaan yang tidak bertanggungjawab.

2.Sabah dibanjiri oleh parti politik yang layak bertanding dalam pilihanraya depan, namunpun kapastinya berlainan mungkin ada yang bertaraf kacau daun dan tidak kurang menjadi kuda tunggangan sebagai pemecah undi.

3.Sebaiknya rakyat wajib berhati hati jangan terpancing oleh parti parti yang berstatus tidak jelas halatuju dan tiada kemampuan untuk bersaing dengan barisan nasional dari segi jentera dan logistik parti.

4.Pengumuman United Sabah Alliance(USA) sedia bekerjasama dengan parti tempatan yang lain satu lagi kejayaan positif ke arah penyatuan parti tempatan dan semua pihak berharap kerjasama menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini.

5.Konsep pembangkang Sabah perlu berdasarkan kerjasama bertimbang rasa bukan menekan mana mana parti tempatan yang lemah terutama parti yang konsistan dalam politik terkecuali parti musiman hanya buka kedai semasa pilihanraya.

 Parti parti senior ini mungkin boleh diberi tawaran hanya bertanding sedikit kawasan atau dihadiahkan kursi Dun lantikan selaras peraturan yang sedia ada, seterusnya tawaran jawatan penting jika berjaya bentuk kerajaan.

6.Di antara pemimpin perlu memupuk saling mempercayai di antara mereka berganding bahu untuk melaksanakan aspirasi rakyat dan rakyat pastikan sokongan mereka kepada parti dan pemimpin yang benar benar komited.

7.Satu ketika dulu undang undang lompat dikuatkuasakan di Sabah akhirnya dibatalkan kerana bertentangan semangat berpersatuan sehingga lah UMNO berjaya menubuhkan kerajaan di Sabah hasil lompatan dua orang wakil rakyat dari PBS sehinggalah sekarang ini.

8.Walaupun amalan ini dibenarkan oleh demokrasi tetapi etika tidak mengizinkan, dalam konteks politik Sabah situasi ini seolah olah diterima pakai umpamanya DSP Lajim Hj Ukin  masih relevan dalam politik negeri yang digelar oleh penyokong UMNO "katak" adakah mereka sanggup jika mereka juga dikatakan mewarisi kerajaan KATAK?


9.Itulah asam garam politik bak kata pepatah "hanya jauhari yang mengenal manikam".

WONG DAKWA GEORGE HIEW PENGKHIANAT DAP


OLEH:SHAIMON S JUMADI
Thursday  October 06/2016


TINDAKAN mantan Naib Pengerusi DAP Sabah George Hiew keluar dari DAP sedikitpun tidak menjejaskan sokongan padu rakyat terhadap perjuangan DAP.

George Hiew yang pernah menjadi calon PRU13 lalu di kawasan DUN Elopura dengan kelalahan  lebih 200 undi saja  setelah ditewaskan calon BN daripada Parti GERAKAN iaitu Datuk Au Kam Wah.

Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt berkata perbuatan Hiew  adalah satu pengkhianatan terhadap parti DAP yang telah diperjuangkan selama ini.

Kata Wong lagi tindakan George Hiew keluar DAP kerana ikut jejak  Junz Wong ADUN Likas yang berhasrat ingin menyertai parti baru

Dalam pada itu Wong berkata selanjutnya  tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas daripada parti itu, Junz Wong, keluar parti bersama beberapa wakil rakyat dan pemimpin PKR, sedikitpun tidak  melemahkan kedudukan pembangkang di Sabah.

Stephen Wong, berkata tindakan Junz yang turut membawa bekas Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Joan Goh dan Naib Pengerusi DAP Sabah, George Hiew, serta empat lagi pemimpin DAP Sabah sebagai pengkhianatan terhadap parti.

"Kalau tujuan dia (Junz) keluar parti untuk melawan Barisan Nasional (BN), dia sepatutnya tarik ahli BN dan bukan bawa lari ahli DAP.

 "Tindakannya merosakkan DAP Sabah dan ini kami tidak boleh terima. "Dia sepatutnya bersyukur berada dalam DAP dan memenangi kerusi Likas atas tiket DAP. Sekarang, dia keluar rumah (parti) kononnya untuk menyertai parti tempatan tetapi belum tahu masuk rumah mana," katanya pada sidang media DAP Sabah, di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Penasihat DAP Sabah yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong dan Setiausaha DAP Sabah yang baharu iaitu ADUN Sri Tanjong, Chan Foong Hin.

Stephen Wong  yang juga Ahli Parlimen Sandakan, berkata pihaknya kini melakukan penstrukturan semula kepemimpinan dengan Foong Hin mengambil alih tugas Setiausaha DAP Sabah dan melantik ADUN Kapayan, Dr Edwin Bosi sebagai Timbalan Pengerusi yang baharu.


Ahad lalu, Junz bersama Pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin dan seorang lagi pemimpin PKR iaitu ADUN Moyog, Terence Siambun, mengisytiharkan keluar parti. Turut meninggalkan parti, Setiausaha Agung PKR Sabah, Datuk Maijol Mahap dan Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani.


ADA LAGI TERSIMPAN RM300 JUTA DI BANK LUAR NEGARA?



OLEH: ISMAILY BUNGSU
Khamis Oktober 06/2016

PERUNTUKAN yang dihantar ke Sabah dari kementerian manapun di pusat mestilah disalur ke kerajaan Sabah dan jika diaward mestilah kelulusan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah.

Jabatan Air bawah Kementerian Kerja Raya dan setiap projek yang diberikan secara award mesti mendapat kelulusan dari yang bertanggungjawab di Sabah sendiri.

Jadi, apa yang berlaku dan yang mengejutkan kita di Sabah sudah tahu bagaimana sistem dana itu dikendalikan dan tidak hairan kaki tangan yang yang diamanahkan ramai yang rumah mereka seperti istana, berlagak sebagai jutawaan dan beli belah di luar negeri seperti taukeh judi.

Lalu bagaimana pula kayanya seorang menteri atau yang lebih berkuasa kendali projek bilion?

Nah, itu sebab selalu saya katakan TRILION dihantar ke Sabah tidak akan cukup kalau kasus RASUAH itu terus menjadi budaya kepimpinan negara dan negeri.

Yang di atas lagi rasuah, maka yang di bawah tentu akan melakukan perkara yang sama dan biasanya mereka berkata " Menteri kaya raya, tak kan kita tak boleh makan sama?" begitulah yang terjadi di sekitar kita ini.

Memang rasuah itu tidak akan ada kesudahannya atau mustahil dihapuskan tetapi boleh saja dikurangkan dan alangkah baiknya kalau rasuah itu diHUKUM TEMBAK macam di negara China dan ini rasanya lebih baik sebab rasuah itu menyusahkan semua rakyat dan rakyat yang dahagakan kebaikan/kemakmuran dibunuh oleh oleh para koruptor itu sendiri.



SALLEH BURUNG KERUAK DAN RAHMAN PERANGAI SERUPA SAJA

SALLEH RAHMAN PAKAR SILAT KUNTAU

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Khamis Oktober 06/2016

BILA saja seorang  Abdul Rahman Dahlan  tahu berita DSP Lajim Hj Ukin meninggalkan PKR dan bakal tubuh parti baru yang dikatakan sudah didaftarkan bakal dilancarkan, maka ia segera keluar ke halaman siap dengan silat kuntau cina mandarin.


Katanya Rahman itu tanda-tanda pembangkang bakal berkecai dan apakah benar berkecai atau bakal bersatu dan BN bakal berhadapan dengan parti2 lokal yang siap mendapat sambutan kalangan orang lokal di Sabah?

Rahman ini selalu memikirkan sesuatu yang mungkin saja tidak dijangka sebab ia ini asyik mencari alasan untuk meyakinkan rakyat yang memang sudah bosan dan muak setiap apa saja kenyataan yang ia keluarkan selalu kedengarannya lucu hingga beruk di utan pening memikirkan.

Samalah dengan menteri yang bernama Salleh Burung Keruak  dan sikap perangai mereka sama dua kali enam dua belas dan terus mengampu bodek dan memuji seorang perdana menteri yang punya banyak masalah dan cukup dimalukan oleh pemimpin-pemimpin  dunia.

Mereka asyik pertahankan seorang Najib sedang rakyat di Kota Belud hidup tidak menentu dan ada yang pernah mogok kesan masalah air dan pekan kota belud meski di sana melahirkan menteri di peringkat nasional, masalah terus saja tidak dapat diselesaikan malah semakin memburuk.

Melewati pekan kota belud sejak zaman merdeka saya lihat sama saja tidak ada perubahan dan apa saja yang dapat membanggakan kala kota belud dianugerahi punya seorang speaker yang handal, dua menteri penuh di persekutuan. apa saja yang mereka lakukan demi membangunkan kota belud?

Terus terang saya memang bangga dengan kedua pemimpin yang dimaksudkan sebab punya watak yang hebat dan bolehlah mereka ini dikatakan sebagai penerima anugerah terbilang untuk seorang PM yang paling handal di abad ini.

Rakyat Sabah bangga dan bersyukur kerana punya pemimpin yang otaknya geliga dan tiga tahun lagi Sabah akan maju seriringan dengan wawasan 2020 yang menjadikan sabah rakyatnya berpendapat tinggi, makmur dan mewah serta jalan raya akan hebat dan tidak ada lagi kemiskinan di Sabah malah sabahan semuanya akan bergelar orang kaya punya ninja, mercedes dan siap selalu melancong keluar negeri.
Tahniah rahman!
tahniah salleh  said burung keruak


MALAYSIA DI GELAR MALINGSIA DI LUAR NEGARA

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Khamis Oktober 06/2016

BARANGKALI perlu juga kita fikirkan kenapa jadi demikian dan apa saja yang berlaku terutama yang terkait dengan penghinaan tentu ada sebab-sebabnya.

yang membaca tidak perlu bertanya di mana dan bila hal berkenaan terjadi sebab itu tidaklah saya tahu tetapi berdasarkan gambar rasanya tidak di malaysia tetapi di luar negara.

Menatap fotonya kejadian berkenaan bermacam teka teki dan prasangka terfikirkan dan kata orang setiap kejadian itu mesti ada sebab-sebabnya.

Memang kalau dilihat keadaan negara kita, malaysia dipandang sebagai sebuah negara korupsi yang melampau, cuma saja korupsi yang berlaku di malaysia ini kalau dilakukan oleh atasan semuanya rata-rata disembunyikan sebab segala agensi yang bertanggungjawab di bawah kuasa seorang pm.

Kemudian bukan saja itu, malah sesuatu perbuatan yang memang salah dicipta aktanya OSA untuk melindungi dan ini yang menyebabkan segala korupsi berlaku yang dilakukan oleh atasan senantiasa terlindung dan jika terkena pembangkang itu bisa saja diriuhkan ke seluruh dunia.

Nah, media-media dan yang ada di luar negara terus membicarakan hal yang terjadi di malaysia, malah sanggahan demi sanggahan selalu dikatakan konon mereka yang di luar campur tangan hal ehwal dalam negara kita.

Sebenar apa yang di bicarakan oleh peguam negara amarika itu bukan campur tangan tetapi itu kasus pembelian hartanah di negara mereka sendiri dan negara lain juga akan mengambil tindakan sama jika berlaku di negara masing-masing sebab itu hal negara mereka dan tidak timbul soal campur tangan di negara kita.

Nah, kesan dunia menumpu mata kepada kita malaysia, maka ditambah dengan marahnya rakyat malaysia maka luar negara melihat negara kita punya kerajaan yang melindungi koruptor lima bintang.

Nah, kesannya itulah begitu jelas kelihatan bila TPM yang mewakili PM berucapan di PBB kerusi menjadi kosong dan itu satu perlian yang memalukan dilakukan oleh pemimpin dunia dan ini beda zaman mahathir yang cukup dihormati ketika itu.

Nah, kesan masalah-masalah  yang diperkatakan itulah mereka yang di luar melihat negara kita sebagai negara yang penuh dengan kebobrokan dan tidak hairan ada yang mengatakan yang negara kita digelar malingsia.


SOAL PERUNTUKAN KENAPA SHAFIE HARUS DIPERSALAHKAN


( jawaban bila Shafie  disalahkan)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Khamis Oktiber 06/2016

MEMANG kekadang terlalu penat menjawab soalan-soalan  yang terus menyalahkan Datuk Sri  Shafie Apdal dan soalan biasa/selalu ditanyakan apa saja DS Shafie Apdal lakukan semasa duduki kerusi menteri di persekutuan.

Membina sebuah negara ke arah yang lebih baik bukan macam membina sebuah rumah yang bisa berdiri dalam masa seminggu dua dan Sabah ini memang luas dan banyak sangat yang harus diusahakan dan setahun dua dengan peruntukan yang amat terhad adalah sesuatu yang mustahil.

Tetapi perlu dijelaskan keluasan Sabah/Sarawak hampir sama dengan seluruh Semananjung Malaysia sedang peruntukan yang dikhaskan terlalu terhad dan kesan peruntukan yang terhad itu bagaimana mahu membangun dengan sekelip mata?

Perlu saya jelaskan di sini dan kita semuanya harus tahu sistem tadbir di Malaysia ini bahawa Malaysia ini ada dua kerajaan, satu kerajaan persekutuan diketuai oleh seorang Perdana Menteri dan satu pula kerajaan negeri diketuai oleh Ketua Menteri atau menteri besar.

Baik kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri, masing-masing mempunyai kabinet atau kementerian yang bertanggungjawab seperti kementerian kewangan misalnya antara fungsinya mengagih-agihkan peruntukan ke kementerian di persekutuan dan negeri masing-masing.

Peruntukan yang kerajaan persekutuan hantar ke negeri itu dikuasai oleh kerajaan Negeri sendiri dan Sabah sebagai contoh dikuasai oleh Kementerian kewangan Negeri Sabah dan menterinya ialah Musa 
Aman sendiri.

Semua peruntukan di Sabah itu Ketua Menteri yang meluluskan sendiri dan misalnya satu-satu projek jalan raya di Membakut yang berhak kasih anugerah/secara award ialah Setiausaha Kementerian Kewangan sendiri dan mesti ada kelulusan Ketua menteri dengan cara rekomendasi MP di kawasan projek berkenaan bakal dilaksanakan.

Itu kalau projek yang dikasih secara award dan kalau projek itu dilaksanakan secara tender TERTUTUP, TERHAD atau TERBUKA maka itu diatur oleh Kementerian kewangan atau yang berkenaan diamanahkan.

Itulah sistem kewangan yang disebut TRESURY INSTRUCTIONS atau TI. Lalu bagaimana kalau peruntukan itu disalurkan oleh DS Shafie Apdal melalui kementerian yang ia kuasai dulu? nah, caranya juga sama.
DS Shafi


DOAKAN SUAMI TERGOLONG MENJAGA MEMBETUK ISTERI

Tanggungjawab sebenar Wanita @ Isteri
Sama-sama  kita kongsi dan baca...

SUMBANGAN: RAHIMAH ASRAH
Khamis Oktober 06/2016

DIDOAKAN  juga suami kita tergolong mereka yang menjaga dan membentuk Isteri agar menjadi sebaik-baik  wanita, isteri dan ibu dunia dan akhirat... Amiinnn

*```SUAMI, PINTU SYURGA DI RUMAH.```*
*Isteri,* memiliki pintu syurga di rumahnya. Pintu itu boleh mengantar dia ke syurga atau melemparkannya menuju ke *neraka.* Pintu itu hanya satu, *SUAMI.*

Isteri yang TAAT kepada suaminya, kelak memiliki kedudukan seperti lelaki yang mati syahid dalam peperangan di jalan Allah.
Setiap isteri melayani suaminya, maka perbuatannya akan meninggikan darjatnya di sisi Allah.

Amal ibadah yang paling utama bagi seorang isteri adalah melayani suami dan anak²nya.
Lebih utama dari ibadah sunnah apa pun.Sebab itu amat rugi sekali wanita yang sibuk dengan zikir, tetapi suaminya terlantar tak dipikir.

Sibuk dengan al-Quran tapi suaminya tak pernah disediakan makan.

Sibuk dengan majlis maulud, tapi dengan suaminya selalu perang mulut.

Berdebat, bicara kasar, menipu, berbohong, nusus, menyakitinya, memandangnya dengan pandangan rendah, meninggikan suara …..
_
Laa haula wa laa quwwata illa billaaaah_
Wahai para isteri …..
Tiada guna solatmu
Tiada guna majlis yang kau hadiri
Tiada guna puasamu
Tiada guna zikirmu
Tiada guna hajimu
Tiada guna bacaan al-Quranmu
Tiada guna sedekahmu

Sebelum kau meminta maaf kepada suamimu.
Jangan sakiti dia, walaupun terkadang dia memiliki kelemahan di sana-sini.

Nabi telah menjelaskan, wanita yang menjadikan wajah suaminya berubah, maka tak akan diterima solatnya walau sejengkal.

Dalam riwayat, wanita yang tidak mahu melayani suaminya di malam hari, dilaknat malaikat hingga pagi hari.

Selagi ada kesempatan, berubahlah sikap menjadi baik.
Selagi ada kesempatan minta maaflah. Jadilah isteri yang baik, Jika memang yang kau tuju syurga,
Itulah jalannya.

Carilah ridha suamimu, Semoga Allah menyelamatkan kita semua dari perbuatan yang boleh mendatangkan murka-Nya. Baik yang kita sadari atau tidak kita sadari.
_
Dalam hadist juga diketemukan, “Maka lihatlah kedudukanmu di sisinya. Sesungguhnya suamimu adalah syurga dan nerakamu.” (HR. Ahmad)._