Thursday 21 January 2016

KERAJAAN AKAN BEKUKAN BIASISWA PELAJAR UNIVERSITI TAJAAN JPA

WARKAH TERBUKA UNTUK SEMUA RAKYAT

Thursday January 21.2016

Saudara Editor mohon sudilah kiranya  menyiarkan warkah terbuka ini  di Portal  Sandakan Free Sandakan Today

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) dengan ini merasa kesal dan dukacita atas tindakan kerajaan menggantung pemberian biasiswa kepada pelajar universiti di bawah tajaan JPA. AMANAH dengan ini menekankan bahawasanya apa sahaja penstrukturan belanjawan negara tidak seharusnya diambil dari peruntukkan pendidikan seperti biasiswa.
  
2. AMANAH beranggapan bahawa pendidikan merupakan sektor terpenting dalam pembangunan negara kerana para pelajar dan penerima biasiswa merupakan aset modal insan pada negara membangun seperti Malaysia. Dalam era globalisasi dan ekonomi berasaskan inovasi dan teknologi,anak-anak muda inilah yang bakal melonjakkan negara ke satu tahap yang lebih tinggi sekaligus menjadi aset terpenting dalam pembangunan negara. Dengan penggantungan pemberian biasiswa, negara berkemungkinan besar bakal berhadapan krisis pelaburan satu aset terpenting negara.

3. Dengan penggantungan pemberian mahasiswa ini juga,AMANAH berasa kesal apabila ramai pelajar cemerlang lepasan SPM 2015 bakal terlepas peluang dan cita-cita mereka untuk menyambung pelajaran ke universiti terkenal peringkat dunia di dalam dan luar negara. AMANAH juga berpendapat bahawa golongan terbesar yang bakal terkesan dari penggantungan ini adalah anak-anak muda Melayu khususnya dari mereka yang susah tetapi cemerlang dalam pelajaran. Maka hancur leburlah harapan anak muda Melayu ini untuk mengubah nasib keluarga mereka dengan mendapat pendidikan yang baik hasil usaha keras mereka dalam pelajaran.

4. AMANAH dengan ini memberi cadangan kepada kerajaan supaya penstrukturan semula bajet negara perlulah dibuat melalui potongan ke atas perbelanjaan yang tidak munasabah seperti perbelanjaan pengurusan Pejabat Perdana Menteri dan peruntukan kepada Permata yang setiap tahun mendapat kenaikan berpuluh juta ringgit perlu dikurangkan. Sedangkan skandal RM2.6 billion serta penyelewengan SRC International yang masih tidak terjawab serta GST yang terus membebankan rakyat juga gagal menyelesaikan isu ekonomi negara malahan kerajaan terus membebankan rakyat jangan ditambah dengan penggantungan biasiswa ini.

5. Akhirnya,AMANAH dengan penuh pengharapan agar kerajaan Dato Seri Najib Tun Razak segera menjawab desakan sekaligus menarik balik penggantungan pemberian biasiswa dan program Bursary di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

"Harapan Baru"

Yang ikhlas

YB Aminolhuda Hassan
Pengerusi Biro Pendidikan 
Parti Amanah Negara (AMANAH)


Friday 15 January 2016

ADUN TG PAPAT ABAIKAN TABIKA KEMAS KG BERHALA DARAT DALAM KEDAIFAN


Friday  January 15 .2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sandakantoday14.blogspot.com

DAIF BETUL.....Hingga duduk ngelesot di lantai

TANJUNG PAPAT:- Bangunan TABIKA KEMAS Kg Berhala Darat yang terletak di Lorong Jambatan 20 Kampung Melayu Bumiputera Sim-Sim yang terlibat dalam tragedy kebakaran pada Julai 2015 sehingga kini belum lagi dibaik pulih.

Disebabkan TABIKA KEMAS itu kini belum mempunyai bangunan lantas mereka  telah menyewa rumah di Lorong 3/C Rumah Murah Sim-Sim  dengan kadar bayaran sewaan sebulan RM600.00

Yang amat  menyedihkan sekali sehingga guru-guru TABIKA KEMAS itu   terpaksa meminta-minta macam pengemis dengan orang ramai dan pihak-pihak tertentu untuk membeli peralatan seperti kerusi meja dan lain-lain barangan keperluan.

Tidak mana kah letaknya tanggungjawab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Tanjung Papat yang telah dipilih oleh rakyat beberapa penggal kekal  jadi ADUN Tanjung Papat.

Kenapa membiarkan masalah TABIKA KEMAS Kg Berhala Darat sehingga kritikel mana tanggungjawab Pejabat KEMAS Sandakan di bawah urus tadbir Jabatan Perpaduan Negara mereka  tidak  rasa malu kah  kalau nanti guru-guru TABIKA jadi pengemis minta sana minta sini bantuan kerana TABIKA KEMAS terlalu daif.

Wartawan portal Free Sandakan Today (FST)    difahamkan terdapat bangunan TABIKA KEMAS  Sinar Harapan akan diubahsuai untuk jadikan Balai Raya  jika benar kerajaan akan menyalurkan peruntukan untuk projek tersebut ini satu pembaziran untuk kepengtingan kroni-kroni  UPPM dan ADUN Tanjung Papat sahaja.

Sedangkan kedudukan TABIKA KEMAS Kampung Berhala masih lagi lugai-lugai terbiar tanpa diambil perhatian langsung oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN)  sehingga tergamak melihat nanti guru-guru TABIKA KEMAS itu jadi peminta sedekah kerana tidak mendapat bantuan walaupun satu sen dari kerajaan BN.

Seorang ahli parti pembagkang DAP Basith Hj Othman telah menemui para guru berkenaan  mereka  menceritakan  semuanya tentang kesusahan yang kini dialami oleh pentadbiran TABIKA KEMAS yang langsung para pemimpin kerajaan BN daripada JKKK Ketua Kampung sehinggalah Wakil Rakyat Tanjung Papat sendiri turut tidak memperdulikan masalah tersebut dibiarkan begitu  sahaja sekian lama.



AIR TERJUN DI DAERAH LAMA SUDAH PUPUS




Friday January 15.2016

CORETAN  dari MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
sandakantoday14@mail.com
www.freesandakantoday14.blogspot .com


BERBICARA tentang  kisah kewujudan    Air Terjun di daerah Sandakan pada sekitar tahun 1960 qan hingga hujung tahun 1980 an  masih lagi banyak di beberapa kawasan.

Saya ringkasan saja cerita tentang Air Terjun  yang ada di daerah Sandakan, Pasir Putih, Kampung Gelam Jalan Sim-Sim bersebalahan Barek Merin Polis, Sunny Estete, Trig Hill, Batu 2.05 Jalan Utara, Batu 4  Sibuga (Man Woo Loong) dan Sepiluk.

Tempat – tempat yang disebutkan ini adalah merupakan tempat orang ramai bermandi manda dimusim-musim hujung minggu, walau tempat tersebut tidak dihias secantik indah mana tetapi cukup  sekadar tempat menyejukan suhu badan.


Apabila pembangunan mulai pesat setelah kerajaan BERJAYA memerintah dan disebabkan kerakusan pembangunan perumahan di dirikan di sana sini bah kata tumbuh macam cendawan satu demi satu Air Terjun mulai pupus hingga tahun 2000 tiada lagi wujud Air Terjun kalau adapun cuma tinggal di kawasan Taman Peranginan Sepiluk dan Trig Hill itu  saja yang kini  masih kekal kalau itupun kalau masih ada lagi.

Tetapi kita bangga sungai yang berbatu-batu seperti di Sugut, Telupid Kampung Kiabau Kg Gambaron, Kuamut Sungai dekat Kampung Intelibon Sungai Kampung Malagatan pokoknya sungai-sungai di sekitar Telupid sehingga ke Kampung Nunuk Ragan Kg Maliau, Kg Nalapak  dan sekitarnya masih lagi wujud.


Khazanah anugerah Tuhan  yang indah pada dahulunya musnah dengan sekelip mata  begitu juga satupun tiada tertinggal buat kenang-kenangan  kepada generasi baru.

KATA MOHD YUSOF KALAU TIDAK MAHU DIPANGGIL BABI JANGAN MAKAN BABI SATU PENGHINAAN


Friday January 15.2016

OLEH: SHAIMON S      JUMADI
www. Freesandakantoday14blogspot.com

SEORANG pemegang akaun facebook yang dikenali sebagai Mohd Yusof Hassan (gambar) antara lain berkata orang yang suka makan babi jika tidak mau bangsanya dipanggil babi.

Katanya lagi janganlah makan tau tak kenapa dipanggil babi sebab berkelakuan babi.

Kata-kata demikian merupakan kata-kata orang yang paling bodoh melontarkan perkara sedemikian  seperti Mohd Yusof Hassan apa dia tidak terfikirkah perasaan orang yang memakan babi kenapa sampai menghina makanan orang kalau ia sudah menjadi makanan mereka.

Jadi kalau orang suka makan daging lembu minum susu lembu (sapi) mereka otak lembulah bebal-tolol  pandai dan bijak pintar atau bodoh-goblok atau bengong bukan berdasarkan makan babi atau lembu

Mohd Yusof Hassan ini barang kali tiada pelajaran langsung tergamak melontarkan perkataan yang boleh menghiris dan mengguris hati perasaan bangsa lain yang makan babi di gelar babi.

Facebook bukanlah tempat orang melepaskan geram atau jengkel dengen seseorang FB jadi tempat sasaran sebagai wadah tempat melepaskan kemarahan.

Semua orang baca apa yang ditulis oleh Mohd Yusof Hassan itu sehingga mendapat reaksi dan jawaban yang bertubi-tubi daripada golongan makan babi.

Orang-orang Melayu khususnya masyarakat Islam sendiri suka memulakan cari pasal nanti kalau bangsa lain higa agama Islam itulah inilah ramai berduyun-duyun buat laporan polis sehingga satu Malaysia.

Mereka suka hina bangsa  Cina-India  Kadazan-Dusun dan Murut dengan ikut sedap mulut  mereka yang becok itu tanpa memikirkan Implikasinya ngomong koyo  wong edan wong gendeng ngomong sembarangan aje.








KAMPUNG SUMBILINGON KUNDASANG PERLUKAN PPRT-BPR

Friday January 15.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI 
www.freesandakantoday14.blogspot.com


KUNDASANG:-  Kalau dilihat dari mata kasar kediaman orang-orang  Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang diberikan status kewargaraan Malaysia songsang (bidan terjun) lebih baik berbanding  dengan kediaman orang asli (jati) Sabah.

Kebanyakan rumah-rumah milik PATI daripada Indonesia yang berstatus warga Negara songsang itu seperti di Keningau Kinabantangan Kampung Paris 1 hingga Kampung Paris 3 rata-rata pembinaannya menggunakan kayu Merbau, Selingan Batu  dan Keruing yang telah menelan belanjar hampir ratusan ribu ringgit.

Walaupun pada dasarnya kedudukan tanah mereka tidak mempunyai geran main hentam saja tidak kira tanah itu milik siapa kalau mereka ada keinginan membina rumah-rumah ditempat tersebut mereka buat saja tanpa memikirkan risikonya di belakang hari.


Sementara kedudukan dan keadaan rumah-rumah milik anak jati Sabah lihat saja seperti keadaan rumah di Kampung Sumbilingon Kundasang kelihat amat menyedihkan  kalau orang lebih baik kan dang kambing.

Tapi mereka bangga walaupun rumah mereka kelihatan bobrob (usang) mereka tidak menggangu tanah orang  tidak takut kalau halau  disesuatu hari nanti tidak macam PATI rumah cantik macam mahligai tetapi malam tidurpun tak lena sentiasa menghantui ketakutan kerana takut-takut tuan punya tanah datang untuk menghalau.

Orang orang Kampung Sumbilingon Kundasang  harus bersyukur kepada Allah SAW kerana mereka sentiasa dilindungi dalam kesejahteraan hidup yang sedarna.

Dalam kontek ini saya ingin merungkai sedikit sepatuhnya Wakil Rakyat Ranau lebih peka dan prihatin menjaga kebajikan penduduk bukan mahu undi mereka saja  seharusnya  ADUN  Ranau lebih bijak memainkan peranan inisiatif dan inovatif dalam memberikan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan Bantuan Perumahan Rakyat (BPR) untuk penduduk-penduduk Kampung  Sumbilingon Kundasang  supaya   mereka lebih segar dan makmur menduduki  PPRT lebih selesa.