Tuesday 25 February 2014

MANTAN GURU-GURU JANGAN TERPEDAYA PUJUK RAYU SAHAR SAKA UNTUK MENYERTAI PERKASA

Written by Admin
Tuesday February 25, 2014


Surat Terbuka Kepada Editor


Saya terlebih dahulu memohon izin untuk menggunakan sedikit ruang portal ini bagi menyuarakan beberapa perkara yang dianggap amat penting terutama sekali mantan guru-guru di daerah Sandakan.

Saya adalah seorang mantan guru amat tertarik dengan tawaran dan pelawaan saudara Sahar Saka yang mengajak semua mantan guru-guru di daerah Sandakan supaya menyertai sebuah badan NGO iaitu PERKASA.

Saya faham walaupun saya tidak pernah menyertai PERKASA sebagai ahli namun sedikit sebanyak saya mengikuti perkembangan PERKASA.

Sebenarnya PERKASA sebelum dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali perjuangan PERKASA di negara ini  memang di sambut baik jelas ia memperjuangkan untuk orang-orang Melayu, penubuhannya juga diterima oleh semua masyarakat yang ada di negera ini termasuk bangsa cina, india dan lain-lain kaum.

Tetapi setelah Ibrahim Ali menerajui kepimpinan PERKASA perjuangannya telah menimpang jauh pertama terlalu extrim kedua  anti bangsa cina dan India ketiga anti Agama Kristian keempat suka menimbulkan kacau bilau dalam negara.

Perjuangan PERKASA sekarang bukan saja bangsa-bangsa lain memang tidak menerima perjuangannya UMNO sendiri termasuk parti-parti Pembangkang pun sudah menolak kepimpinan Ibrahim Ali.

Di Sabah pula yang menjadi masalah ialah kedudukan Yang DiPertua PERKASA iaitu Bonne P Juanico orang ini identitinya sendiri tidak jelas condong kepada aktiviti penipuan  lagipun PERKASA tidak sesuai untuk masuk ke Sabah apa lagi di kawasan Libaran.

Sahar Saka sekarang ini sudah hilang ala tuju hilang pengaruh kerana kemasukannya semula ke UMNO telah ditolak mentah-mentah oleh para pemimpin UMNO Pusat apa lagi negeri Datuk Musa sendiripun tidak suka dengan Sahar yang terlalu lebih kalau berucap macam seorang ahli Pidato tetapi tiada isinya kosong.

Sahar Saka sekarang tidak lagi ramai kawan seeperti dulu itulah dia mengajak  para mantan guru supaya menyertai PERKASA.

Perlu saya tegaskan kepada kawan-kawan saya mantan guru kamu janganlah terpedaya oleh pujuk rayu Sahar Saka kalau kamu masuk PERKASA nanti kamu di cap sebagai anti kerajaan sebab PERKASA anti kerajaan.

Bila kamu dah jadi ahli PERKASA di Libaran Ibrahim Ali suruh kamu membakar gereja membakar bible inilah perjuangan PERKASA yang sebenar suka menimbulkan huru hara dalam negara.

Sekian salam hormat
mantan guru
Flat  MPS  Sim-Sim Sandakan.


Gambar bawah kebiadapan PERKASA membakar gereja dan membakar bible agama kristian yang boleh menimbulkan huru hara antara Islam dan Kristian ini kah kepimpinan macam setan seperti Ibrahim Ali mahu menjadi ikutan

2 comments:

  1. Penulis artikel ne menyamar. Perkara biasa dlm khidupan. Dengki. Tidak gentlement. Org yg suka brselindung mcm penulis ni pnakut. Guna la nama sendiri. Jgn jd nyamuk dlm kelambu yg menghisap darah dlm gelap.

    ReplyDelete
  2. Kau buat muka ibrahim ali jd katak, tau ka, muka mu lg sesuai, sebab besar pipu mu & lemak bawa dagu mu berbanding ibrahim ali. Dgn spect mata bulat mu lagi.

    ReplyDelete