Wednesday 26 February 2014

EXPO DAN KARNIVAL MESRA RAKYAT KINABATANGAN DAPAT SAMBUTAN....SYED KAMAL

Written by Admin
Wednesday  February   26, 2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI
 


KINABATANGAN:-  Expo Dan Karnival Mesra Rakyat Kinabatangan  yang buat pertama kalinya diadakan di  Dataran Pekan Kota Kinabatangan anjuran   Kelab Kebajikan dan  Rekreasi  Kaki Lima Sabah (KEKAL)  yang bermula pada  25 ini dan akan berakhir pada 10 Mac ini telah mendapat sambutan diluar jangkaan.

Syed Kamal  Pengerusi  Penganjur  merangkap Setiausaha KEKAL memberitahu  kepada Wartawan Free Sandakan Today.com pagi tadi tujuan menganjurkan program ini selain memberi hiburan kepada penduduk setempat  dengan  menyaksikan beberapa persembahan nyanyian oleh artis-artis tempatan disamping itu  juga menjurus  memberi ruang kepada para usahawan    untuk mempromosikan jualan produk-produk mereka kepada orang ramai.

“Setakat ini gerai yang telah ditempah sebanyak 30 buah gerai dengan menyaksikan pelbagai jenis jualan antranya  gerai-gerai pakaian, aksesori, gerai jualan, promosi dan produk kesihatan dan makan minum” jelasnya.

Syed menambah program ini juga akan dimeriahkan oleh artis-artis  tanah air khususnya dari Semenanjung yang bakal menggegarkan pentas mini hiburan mereka adalah artis  Yabang Khalifah, Razlan Kristal, Shima dan Azlan Typewriter.
 
Sementara itu seorang usahawan yang menjual produk kesihatan  berasaskan herba Arab yang kini semakin mendapat pasaran pengusaha tersebut dikenali Awang Zakaria Jahar.

Katanya setakat ini jualannya amat laris bagi mereka yang gemar ubat-ubatan yang dibuat daripada herba-herba berkenaan.



 


No comments:

Post a Comment