Saturday, 19 July 2014

KIKI KAMARUDDIN KINI TELAH DITAHAN POLIS KUANTAN BAGI MEMBATU SIASATAN MENGASARI WARGA EMAS

Written by Admin

OLEH: WAN SALMAH WAN DZULKIFLIE

 BERLAGAK BERANI .....Kiki   Sekarang telah ditahan oleh Polis untuk siasatan

PAHANG;- Polis Kuantan mengesahkan penahanan Kiki Kamaruddin, wanita yang dikatakan bertindak kasar dengan seorang warga emas, selepas kenderaannya terbabit dalam perlanggaran kecil.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Saleh, tempoh penahanan wanita terbabit bergantung pada hasil siasatan.
“Ia bergantung kepada siasatan. Biar kami melihat perkara ini dulu,” kata Abdul Aziz.

Kiki Kamaruddin atau nama sebenarnya, Siti Farrah Ashykin, 30 tahun, ditahan ketika dia pergi ke balai polis, selepas disaman.

Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 427 dan 506 Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda.

Insiden perlanggaran kecil membabitkan kereta Peugeot putih miliknya dengan seorang pesara, selepas Kiki Kamaruddin dikatakan bertindak kasar dan aksinya dimuat naik ke Youtube.

Tindakan Kiki yang mengasari warga emas  itu dan menunjukkan keberaniannya telah mendapat kutukan bertubi-tubi oleh masyarakat Malaysia yang berbilang kaum sama ada melalui laman sosial  (FB) Tweeter dan media-media portal.

Lain kali kata Suraya Ahmad kawan karib Kiki kalau hendak menunjukan belang atau taring tengoh dan kena pada tempatnya bukan sembarang saja sekarang sudah jadi kes polis semua orang dah tahu malu bapa dan ibumu serta keluarga yang lain.




No comments:

Post a Comment