Written
by Admin
OLEH:
SAIMON S JUMADI

Dalam
pada itu Ahli Parlimen Sandakan Stephen
Wong Tian Fatt (DAP) (gambar) mengkritik MPS tidak menggunakan
kebijaksanaan dalam system urusan perkhidmatan potong rumput, menyebabkan
kerja-kerja pemotongan rumput di kawasan Sandakan berhenti selama 3 bulan, dan
menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat.
Wong
berkata, menurut aduan penduduk Sandakan, perkhidmatan pemotongan rumput telah
berhenti selama 3 bulan disebabkan masalah pelantikan kontraktor MPS. Pejabat DAP
Sandakan hampir setiap hari menerima aduan mengenai masalah ini.
Wong
berpendapat bahawa, Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan serta MPS harus
bertanggungjawab ke atas masalah ini.

Beliau
telah mengemukakan masalah tersebut kepada Presiden MPS melalui surat pada
minggu lepas, menggesa pihak MPS melantik kontraktor sementara untuk
menjalankan kerja-kerja pemotongan rumput, namun pihak MPS tidak mengambil
sebarang tindakan sehingga kini.
Kata
Wong, MPS seharusnya menangani masalah pelantikan kontrator dan perkhidmatan
potong rumput dengan bijaksana. Beliau bertanya, MPS tidak menyediakan
perkhidmatan potong rumput selama 3 bulan, adakah MPS akan memberikan potongan
cukai pintu sebanyak 3 bulan kepada rakyat?
No comments:
Post a Comment