Tuesday, 15 July 2014

KENAIKAN YURAN LESEN KELAS D DAN KENAIKAN YURAN LIVI BENAR-BENAR BEBANKAN RAKYAT....WONG

Written by Admin

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Tindakan pihak Sekolah Kelas Memandu yang telah menaikan secara  mendadak jadual harga baru Kelas D (Manual) dari RM1,200 kini menjadikan RM2,000 telah menimbulkan kontraversi di kalangan masyarakat setempat.

Ramai yang rasa tidak puas hati dengan kenaikan harga RM2,000.00


itu  yang dianggap terlalu tinggi ini mungkin mengundang diluar kemampuan orang ramai yang hendak belajalar khususnya mengambil lesen memandu Kelas D.


Sepatutnya pihak Sekolah Kelas Memandu sebelum menaikan mendadak kadar yuran RM2,000.00 terlebih dahulu harus mengambil kira daripada pelagai sudut agar tidak menimbulkan rasa tidak kepuaan  hati dan mencetuskan kemarahan rakyat.

Dalam pada itu wartawan kanan Free Sandakan  Today.Net sempat menemuramah Ahli Parlimen Sanakan Wong Tien Fatt  dipejabatnya dekat sini pagi tadi meminta komen dan pandangannya mengenai tindakan pihak Sekolah Kelas Memandu menaikan kadar harga yang begitu tinggi dikenakan kepada orang ramai yang hendak belajar memandu khusus untuk lesen  D.

Wong  ingin  tahu siapa kah yang  menaikan kadar harga dari RM1,300  hingga mencecah RM2,000.00 ini ada kah pihak kerajaan ataupun pihak Syarikat  Sekolah  Kelas Memandu.

Sekiranya pihak kerajaan mahupun pihak sekolah berkenaan yang menaikan kadar tersebut haruslah mengkaji sedalam-dalamnya kerana ini akan membebankan  kepada rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah kerana sudah tidak mampu untuk belajar kelas memandu yang harganya terlalu tinggi.


Dalam perkembangan yang berkaitan  Wong juga mempertikaikan tindakan  kerajaan khususnya Jabatan Imigeresen  yang telah menaikan kadar bayaran livi dari RM10.00 kini menjadikan RM125.00 setahun  kepada pekerja ladang sawit, buruh bangunan dan pembantu rumah.


Kenaikan mendadak tersebut merupakan satu bebanan yang ditanggung kepada pekerja asing dan juga para majikan yang menggaji mereka .


“Kita tahu kerajaan Barisan Nasional (BN)  sekarang ini sedang kritikel dari aspek kewangan kerana  banyak duit dibelanjakan untuk  pembayaran BR1M 650.00 kos pembiayaan pencarian pesawat MH370 yang hilang, ESSCOM dan lain-lain lagi jadi macam mana hendak mengitip semula perbelanjaan yang telah digunaan itu kerajaan  terpaksa melakukan pelbagai kaedah sebagai alternatf yang terbaik menaikan harga barangan cukai itu cukai ini yang kena kesannya ialah rakyat sendiri menerima padahnya” ujar wong.




1 comment:


  1. PERINGATAN: Free Sandakan Today.Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

    ReplyDelete