Thursday, 10 July 2014

ROMBAKAN ESSCOM TIDAK MEMBAWA SEBARANG MENFAAT....DAP

By Admin

OLEH: MARIA DAUGLAS

KOTA KINABALU: DAP Sabah, menyifatkan keputusan Putrajaya untuk memisahkan Esscom kepada dua entiti sebagai bukan sahaja terlambat tetapi satu langkah yang tidak mencukupi dan tidak akan menjamin keselamatan atau membantu Ketua Menteri Musa Aman.
Parti itu mengingatkan bahawa wujud satu gerakan tidak percaya terhadap Musa berikutan percubaan penculikan yang berulang di pesisir pantai timur negeri itu awal Isnin lalu yang digagalkan oleh bakal mangsa, pengusaha ladang ikan terbabit yang kebetulan berada di tanah besar pada ketika itu.
“Usul tidak percaya bukanlah satu perbuatan yang sengaja dilakukan untuk publisiti murah seperti yang digambarkan oleh Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Sabah Sapawi Ahmad,” kata Naib Pengerusi DAP Sabah Chan Foong Hin dalam satu kenyataan.
“Kes-kes penculikan yang tidak berkesudahan adalah memalukan. Ia membuktikan bahawa kritikan terhadap Esscom bukan dibuat untuk meraih publisiti murah”.
Hentikan percubaan untuk memutarbelitkan kenyataan serta menutup kekurangan Ketua Menteri dalam memimpin ESSCOM bagi melindungi kedaulatan Sabah dan sempadan laut, tambah Chan. “Ketua Menteri Sabah tidak boleh mencuci tangannya di atas kegagalan Esscom untuk melindungi negeri daripada penceroboh.”
 
Isu ini rumit, kata Chan, sementara mencegah pencerobohan orang luar adalah penting. Masalah dalaman seperti ada pihak yang membantu kumpulan bersenjata perlu ditangani juga. Beliau mendakwa bahawa orang yang terlibat ini adalah daripada generasi kedua yang memiliki MyKad yang diragui kesahihannya.
Parti itu mahu kerajaan persekutuan mengeluarkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap ancaman pendatang asing tanpa izin di Sabah “yang kekal sebagai punca masalah ini” – untuk dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Sabah.


Katanya lagi pemberian Mykad di Sabah kepada pandatang asing begitu mudah tanpa adanya tapisan  dan saringan tertentu ini terbukti di mana warga Pakistan ramai yang memiliki mykad dilahirkan di beberapa kawasan antaranya Tambunan, Keningau, Beluran, Kuamut, Ranau, Kundasang dan Kinabatangan dan masuk juga warga Indonesia kebanyakan tempat lahir mereka di Tawau sementara  Filipina pula tempatan lahir mereka di Semporna, Tawau, Batu Sapi, Kunak, Tambisan dan Lahad Datu.


Dalam pada itu DAP mahu kerajaan persekutuan mengeluarkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap ancaman pendatang  tanpa izin di  Sabah yang sekarang betul-betul  amat berbahaya

No comments:

Post a Comment