Monday, 7 July 2014

DESMOND YONGKOR HENDAK HAPUSKAN MELAYU DAN ISLAM BILA-BILA MASA SAJA

Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI












DESMOND YONGKIR.....Memang saya anti Islam apa nak jadi-jadilah


SANDAKAN:-  Hapuskan UMNO kita  harus hapuskan Melayu dan Islam seperti yang diperkatakan oleh Desmond  Yongkor dalam FBnya.

Kita ketepikan dulu soal nak hampuskan UMNO dan Melayu tetapi kalau nak hapuskan Islam Yongkor seperti hendak  membunuh kepada suku kaum Kadazan, Dusun dan Murut yang beragama Islam di negeri ini.

Agama Islam ia bukan milik orang Melayu agama Islam milik semua manusia yang ada dimuka bumi ini sama juga agama kristian tidak semestinya milik orang putih.

Tindakan dan perbuatan David Orok menghina Islam bukan sahaja orang Melayu marah bahkan lain-lain suku kaum seperti Kadazan, Murut, Dusun dan Cina yang beragama Islam turut tersinggung dengan hinaan seperti itu tidak terfikirkah Desmond Yongkor dan Daid Orok menghina agama Islam barang kali Desmond dan Orok ada juganya keluarganya yang beragama Islam.


 









DAVID OROK....Ada orang sabotaj saya untuk jatukan karier politik saya



Saya ada terbaca komen di FB saudara Jaymie Jaimye katanya  “Sebaik-baiknya  memohon maaf. Saya seorang Kristian tapi saya ada juga ahli keluarga beragama Islam memohon maaf bukan bererti anda bersalah tapi demi mengekalkan persahabatan dan keharmonian/Salam damai David Orok”

Bagi pandangan peribadi saya saudara Jaymie Jaimye adalah seorang yang ikhlas dan benar-benar memahami apa yang tersurat dan  yang tersirat sebab dia sendiri agak tersinggung mungkin kerana keluarganya ada yang bergama Islam Syabas saudara Jaymie.

Kita orang Sabah seharusnya tidak terikut-ikut budaya songsang seperti PERKASA mereka orang semenanjung agak berbeza dengan suasana pergaulan kita di Sabah yang banyak kahwin  campor walaupun kita berlainan dari suku kaum perbezaan budaya dan agama tetapi kita masih boleh bersatu makan minum semeja dengan kaum-kaum 32 etnik yang ada d Sabah.

Saya cakap terus terang  saya ramai kawan karib dari suku Dusun, Kadazan, Murut dan cina yang beragama Islam mereka turut mengutuk perbuatan David Orok yang menghina agama Islam yang keterlaluan.

Kita harus berhati-hati kena jaga perasaan orang lain jangan hina bangsa jangan hina keturunan dan jangan hina agama sesiapa dan perbuatan seumpama  ini boleh membinasakan diri sendiri  jadilah manusia yang mempunyai jati diri yang mulia dan bertamadun.

Contohnya di Sabah Agama Kristian menggunakan Kalimah Allah ada kah orang-orang Islam  bising marah atau tunjuk perasaan sebab orang Sabah faham Kalimah Allah telah digunakan  sekian lama yang selalu buat kecoh dalam hal ini di Semenanjung.

David Orok dan Desmond Yongkor harus faham jangan main sentimen agama bangsa kerana boleh mencetuskan huru hara biarlah itu sikap orang Semenanjung yang suka buat hal kita di Sabah harus kekalkan perpaduan  kita jadikan ia  satu budaya orang Sabah hidup dalam suasana harmoni dalam kelompok 32 etnik





No comments:

Post a Comment