Wednesday 9 July 2014

WAN AZIZAH TIDAK LAYAK JADI MENTERI BESAR SELANGOR KENAPA?

 0 8 0 8

By Admin

OLEH: KAMARUL ZAMAN

wan-azizah-2008

TIDAK LAYAK....Azizah kenapa saya tidak layak jadi Menteri Besar



PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak layak memegang jawatan Menteri Besar Selangor kerana tidak mempunyai pendirian dan sekadar menjadi Presiden boneka.

Menurut beliau juga terdapat dua kelompok dalam PKR. Satu kelompok mahu Khalid kekal sementara kelompok yang satu lagi bertegas supaya Khalid disingkirkan.
“Difahamkan Tan Sri Khalid Ibrahim tetap berdegil dan akan terus mengekalkan kedudukannya sebagai Menteri Besar walaupun beliau tewas dalam pemilihan Ketua Cabang Kuala Selangor baru-baru ini.
“Tekanan dan kemelut politik di Selangor jelas membuktikan pemimpin mereka hanya memikirkan jawatan masing-masing,” menurut entri terbarunya di umnobahagiancheras.blogspot.com.
Tambahnya lagi, beliau menyifatkan perpecahan dalam PKR khususnya di Selangor sebagai ‘retak menanti belah’.
“Kemelut ini juga menunjukkan kerakusan pemimpin PKR berebut kuasa, akibatnya agenda rakyat diketepikan.
“Inilah sebenarnya wajah PKR di mana Khalid menunjukkan kedegilannya walaupun didesak supaya meletak jawatan. Datuk Seri Anwar Ibrahim pula ada agendanya tersendiri dan Wan Azizah juga turut teringin mendapatkan jawatan Menteri Besar,” tegasnya.
Sebelum ini tersebar khabar angin bahawa Khalid dikatakan menghadap Sultan Selangor berhubung kedudukannya selaku Menteri Besar Selangor. Beberapa akhbar tempatan turut melaporkan Khalid dikatakan akan meletak jawatan.
“Ada kemungkinan juga sekutu PKR dalam Pakatan Rakyat, iaitu PAS, juga turut mengidam jawatan Menteri Besar ini.
“Mesyuarat antara pemimpin PAS Pusat dan PAS Selangor yang difahamkan diadakan di Ibu Pejabat PAS Pusat di Kuala Lumpur semalam juga gagal mencapai sebarang keputusan berhubung kemelut politik di negeri tersebut.
“PAS dikatakan tidak mempunyai sebarang pendirian mengenai kedudukan Khalid selaku Menteri Besar dan ini menunjukkan kesepakatan antara mereka sudah retak,” ujarnya.
"Rakyat Selangor rata-rata mahukan Azmin Ali jadi Menteri Besar Selangor kita tunggu dan lihat pada bulan Oktober ini pastinya Azmin dilantik jadi MB Selangor" katanya.

No comments:

Post a Comment